Wednesday, December 31, 2008

Making some changes.


Sedar tidak sedar, Masa berlalu begitu cepat meninggalkan kita. Tahun baru kian menjelma. Banyak perlu di nilai dari aspek fizikal dan mental sepanjang kita di tahun2 yang sudah. Aku ada juga terfikir adakah aku perlu berubah. Berubah dari segi apa? mungkin sikap dan tingkah laku sepanjang aku hidup di dunia ini. Kadang2 kita alpa dengan apa yang kita lakukan sampai hal2 agama kita pinggirkan. Alhamdulilah, berkenaan soal solat dan perkara2 wajib still aku kerjakan. cuma kadang2 lambat mengerjakan itu perlu aku ubah.

Keliru.
Aku keliru dengan diri sendiri, Aku keliru apa arah tuju aku sebenar dan aku keliru dengan apa yang akan terjadi bila hari2 mendatang. Semua itu hanya takdir yang akan menentukannya. Tapi sampai bila?? Kita hanya merancang dan ALLAH lah menentukan segala2nya. Dialah yang Maha Kuasa untuk segala yang bakal berlaku.

Masalah.
Masalah? yep. ada ketikanya masalah akan datang. cuma untuk menyelesaikan masalah ia memakan masa sedikit. Aku mencari ruang untuk berkongsi masalah diri kepada teman2 dan keluarga tapi pada dasarnya aku kadang2 tidak berkongsi pun masalah itu kepada mereka. Aku lebih suka menyelesaikannya sendiri daripada berkongsi masalah itu. Kenapa? bagi aku ia akan lagi menyusahkan kepada mereka yang mendengar, itu pun masalah juga. Yang peliknya, kalau temanku ada masalah, separuh daripada itu aku akan bantu dan ada ketikanya masalah mereka aku tak dapat untuk selesaikan.

Azam.
Setiap kedatangan tahun baru ramai akan bertanya "eh apa azam kau?" sering kali ungkapan itu kedengaran ditelinga aku. Lantas aku pun menjawab "Azam aku? terlalu byk.." Aku banyak kali berfikir adakah azam aku yang lepas sudah terlaksana? Ermm, kalau nak diikutkan 10% azam aku. hanya 3% aja terlaksana. Mungkin ini bakal diubah...


Berubah.
yaa! banyak sangat perlu diubah. dulu aku inginkan sesuatu kejayaan yang aku ingin kecapi. Kejayaan yang orang2 lain inginkan. Kejayaan yang bakal mengembirakan keluarga dan teman2. Aku suka menilai orang dari aspek akademik. "Budak ni pandai tapi aku tak nampak pun dia study. Aku dah la study sampai tak tidur malam. Macam tu jugak resultnya." Tapi Kita tidak tahu sejauh mana kepandaian orang itu. Aku cuba untuk berkongsi ilmu dengannya ada kalanya ilmu yang dia beri amat berguna bagi aku. Cuma aku kena praktikkan masa2 aku untuk membuat latihan dan sebagainya. Menghabiskan duit dengan keluar berjalan2 pun perlu diubah. hehe! ini aku tidak nafikan la. Bila dah ada duit saku sikit mula la shopping, tengok wayang dan sebagainya. Tapi aku hanya menghabiskan masa dengan bermain bowling. Perlu diubah ye? hehe!! =p

Tahun Baru
Sempena tahun baru ni banyak la perlu untuk muhasabah diri. Aku ini insan yang khilaf. Semua keburukan dari aku dan kebaikkannya dari ALLAH S.W.T Aku tekad untuk berubah. 100% itu tidak la. Sedikit2 InsyAllah boleh..

P/s : SELAMAT TAHUN BARU 2009.


4 Comments? ♥ ;):

Monkey D Luffy said...

selamat thn baru... semoga berjaya

Panah Hujan, inc. said...

happy new year 2009 ^^

Fadil Wimala said...

slamat thn baru! semoga berhasil! :D

Kyla said...

thanx semua! happy new year!