Saturday, January 31, 2009

Aku, Mereka dan Kampus

Cerita pertama.

Lokasi : Di Kolej.
Masa : Pagi

Hari ni Aku, Kaksal dan Wani ke level 3 untuk menghantar assignment tutorial yang lectrurer kami beri. Setelah hantar assignment tu di letterbox lecturer. Kami berhasrat untuk ke level 2 untuk berjumpa dengan En. Zul atas urusan pinjaman Mara. Aku berjalan kadang-kadang lupa kawan sebelah. Bila aku berpaling aku tengok KakSal dan Wani belok sebelah kiri sebab lift sebelah kanan.

"Weh! nak kemana?" Tanya Aku kepada Kaksal dan Wani.
"Turun tangga la Mek!" Jawab Wani.

Aduh! agak kuat jeritan Wani pada masa tu. Ye la, satu tingkat je kot tapi aku nak turun lift jugak. Haha! malu jugak la. sebab ade senior duduk dekat area situ lalu dia pun bersuara.

"Tak apa, sekali sekala exercise!" Kata Senior tu.

Segan juga la bila ditegur macam tu. Lalu aku pun berlalu dari situ dengan muka yang agak menebal (macam pakai blusher). hehe!


Cerita Kedua.

Lokasi : Di Kolej.
Masa : Pagi.

Masa ni kami dah ke Level 2 untuk urusan Pinjaman Mara Wani. En. Zul tiada pula nak bertanya mengenai pinjaman ni. Kami ke jabatan Hal Ehwal Pelajar bertemu dengan seorang Encik ni.

"Assalamualaikum, Saya nak bertanya mengenai Pinjaman Mara saya ni. Bila boleh saya dapat agreement?" Tanya Wani
"Awak dah semester keberapa dah?" Tanya Encik tu.
"Semester Empat."
"Kenapa awak baru nak mohon pinjaman tu? Sem satu, dua kenapa tak mohon?"
"Sem satu dan dua dulu saya kaya." Nada berlagak pula si wani ni.
"Habis tu sem sekarang ni?"
"Sem sekarang saya jatuh muflis. Sebab tu saya mohon pinjaman ni"
"haihh! budak ni. Apa nama kamu tadi? ada jugak yang duk bawah meja ni kang"
"Eh! jangan Encik! hehe!"

Bukan main 'kerek' lagi wani ni. Aku dan kaksal tersengih-sengih dari tadi. Wani memang macam ni terlalu ramah dengan orang. Kalau di tarik balik agreement tu baru dia tahu.


Cerita ketiga

Lokasi : Di Rumah Sewa.
Masa : Petang

“Weh! mu pi tak pertandingan Badminton tu?” Tanya aku pada Aween.
“Aku tak tau lagi la Mek, mu pegi tak?” Jawab Aween
“Aku tak pegi la kot. Ada hal pulak hari tu.”
“Hah mu pegi tak?” Tanya aku pada Alwani yang baru selesai solat
“Aku pegi kalau Rashid Sibir ada” Nada confident je dia menjawab.
Aku dan Aween pun pelik juga la. Sape Rashid Sibir tu? Tapi Aku la mula-mula orang gelak bila dengar nama tu.
“Apa Rashid Sibir??! Hutak mu! Bukan dia tu Director film ke? Hahaah! Rashid Sidek la! sejak bila la Rashid Sibir pemain badminton? adoii mu ni." Kata aku pada Alwani dengan ketawa tak henti-henti.
Si Aween dari tadi dah tergelak. Bahan membahan dah mula la pada hari tu sampai ke malam.
“Mek pehal mu tengok aku.” Alwani bersuara tanda tidak puas hati.
“Aku teringat kat Rashid Sibir mu la. Hahaha!!”
“Siot! Korang bahan aku ye! Tengok la!”
“Weh sudah la! Aku tak tahan wohh asyik nak gelak je ni. Ari tu Radhi Khalid. Sekarang Rashid Sibir pulak!” Kata Aween yang tidak henti ketawa.


Kami rakan serumah memang macam ni suka meriuhkan suasana Mana tidaknya kalau salah sorang antara kami salah cakap dan benda itu lawak, mereka akan bawa lawak tu sampai ke kolej. Sampai la satu kelas tahu. Memang tiada kesudahannya. Susah sikit la kalau mereka hendak henti bahan ni. Mulai ari ni kami kena berhati-hati kalau bercakap salah sikit nanye dibuatnya. Aduhhh! Sakit perut menahan ketawa !

kita tengok ape cerita dari blog Alwani


To Be continue....


9 Comments? ♥ ;):

KhairiL's said...

lawak la kwn2 ko..
ceria jer idup kalu mcm ni

hehe

MiEy said...

Ohh Mek.. sian mek selsema yer balik umah.. Huhu jgn bawak jangkitan kuman tu di rumah.

miss wanie said...

kyla mu taikkk!!!
malu ku dehh!!
hahaha.. dah dah
stop2 cte sal Radhi Khalid ngn Rashid Sibir..
aku semakin berhati2 pasni..
hahahaha!!

Kyla said...

tan tan tut keladi we we.
heheeh!

Erieq said...

wahh happy jer.,teringat plak zaman2 student dulu.,,huhuhu selalu riang gembira

Monkey D Luffy said...

best kalau ada kawan serumah cam tun

ShiLa said...

ahahaha. sm mcm aku r. xleh salah ckp. klu x, 1 sem bende tu r kene bhn.

Kyla said...

salah kata badan binasa.
eh btul ke?
ahaha!

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!