Saturday, January 24, 2009

Diragut !

Jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Kemana2 sahaja kita berada jangan sangka kita akan selamat dengan kes2 seperti ini. Disini aku ingin berkongsi cerita mengenai kes ragut yang di alami oleh Mamaku pada 22hb hari khamis baru2 ni.

Pada Jam 12.30PM waktu Malaysia. Masa tu aku baru habis kelas Computer Communication. Aku mendapat panggilan dari Kakak ku yang mengatakan Mamaku di ragut di sekitar seksyen 13 Shah Alam. Terkejut juga bila mendapat berita itu. Macam2 soalan bermain di kepalaku. Soalan pertama yang aku tanya 'Mama Ok Ke?'. Aku tak fikir perkara lain cuma hanya keselamatan Mamaku sahaja. Alhamdulilah Mama ok, Cuma dia trauma di atas kejadian yang menimpanya. Kemudian, Aku terus pecut balik ke Shah Alam bila mendengar kabar tersebut. Kalau diikutkan minggu ni aku tak pulang. Kerana sibuk mengemas barang untuk berpindah ke rumah sewa yang baru. Aku memberi tahu housemate yang lain yang aku ada emergency call. So dapat extend hari untuk mengemas.

Menurut cerita, Kejadian itu berlaku pada pagi hari setelah selesai membeli barang di kedai, Mama masuk ke dalam kereta. Belum start enjin kereta, peragut yang memakai helmet tu telah membuka pintu kereta sebelah kiri dan merampas dompet Mama. Disitu berlakunya pergelutan tarik menarik. Belum sempat buat apa2 peragut itu pecut lari ke motosikal yang di bawa oleh rakannya. Mama keluar dari kereta dan meminta bantuan dari orang ramai. Peragut yang menaiki motosikal tersebut telah pecut mengikut arah bertentangan jalan. Mama sempat mengecam no plet motosikal tersebut (2 digit no je). Dalam dompet Mama ada Rm500. hilang macam tu saja. Mama membuat laporan polis di Seksyen 15 yang di temani Abang ku. Aduan di buat berikutan kejadian yang menimpanya. Lalu berita itu dismpaikan kepada Papaku. Menangis tanpa lagu (saje tambah).

Moral of the story : Setiap kejadian ada hikmahnya dan berhati-hatilah walau dimana sahaja anda berada. Kepada Wanita2 di luar sana, kalau nak bawa purse atau barang kemas jangan nak menunjuk2 atau tayang didepan orang ramai. Siapa sangka purse atau barang kemas yang anda bawa itu akan diragut. Aku selalu memesan kepada adik - adikku kalau nak bawa duit pastikan masuk dalam poket seluar. kalau boleh bawa dompet kecil yang muat di dalam poket seluar.

Aku ade pesanan ringkas untuk peragut2 di luar sana yang membaca blog aku ni atau yang ada niat lepas ni nak ragut orang. Korang jangan ingat akan selamat. Tak ada kerja lain ke selain meragut orang? Cari la rezeki yang halal. Korang meragut orang ni hidup akan tenang ke?? tak akan! sebab hidup korang tak berkat dengan hasil korang buat tu. Dan aku harap korang insaf lah! pulang ke jalan yang benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka! Sekian harap maklum!


P/s : Nak berhati2 sangat pun tak boleh. Perkara nak jadi. Siapa sangka kan?


19 Comments? ♥ ;):

Aida said...

tu la..
bende dh jadi nk buat mcm ner kn...

Aida said...

And..

"kalu ida ade mase tu nk je ida spray mke die gan minyak wangi kucing..
baru tau.."

Kyla said...

hahaha! ape la ida ni. ok jgk minyak wangi tu. free2 je dapat bau wangi kucing. hahaha!

eyra89 said...

araound stadium ke kjadian tue?
esh,kena la berhati hati skg nie :)
anway,kyla org klu dh jd mcm tue
nk nasihat pon dh xguna dorg bknnya nk dgr ckp pon.even nk insaf pon susah.

Kyla said...

Eyra : yep. area stadium. haihh, itu la benda nak jd.

MiEy said...

Apa nak jadi dengan dunia sekarang, Itu la Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya, Kalu air sudah jadi keruh banyak sampah susah buaya nak lalu.. Saya kak Najj melaporkan dari kawasan kejadian

Kyla said...

adoiyaii. bab buaya pulak! =p

syakey said...

isk
bahaya btol...

Monkey D Luffy said...

aku pun hampir kena ragut... sedang sms tepi jalan... nasib baik selamat.

jadi kena hati2 lah... peragut tak kira mangsa. lelaki atau perempuan semua kena

Kyla said...

so always beware !

aH kYe yUm said...

itu la.. according kes ragut ni.. sebusuk2 lembu di ladang pon, lagi mulia daripada peragut2 jalanan ni.. sbb lembu ragut rumput je.. mulia lagi lembu dari manusia ek? renung-renung kan!! selamat beramal!!

Mogen Ali Rico said...

huhh..hati panas baca kisah peragut2 nie..diorg nie takde kojer laen yang lebih berpekdah dan mendatangkan uwang ker..

den tak kire.den jumpe peragut nie den mmg akan belasah laju2..kambeng pon den akan sebat sebab beliau suka meragut rumput di tepi jalan berhampiran kampung den.

huhh..panas nie..panas...Abc satu letak kacang lebih yer kak..

Kyla said...

ah kye yum : huhu cite lembu pulak. hahaha!

Mogan Ali Rico : Bkn men mara lagi mu.

[yAN!e][pUTraJAya] said...

teringat time akak kena ragut kat wangsa maju masa study dulu

♥Yanie Putrajaya♥
*********************************

Kyla said...

mereka ni tak de keje lain ke nak meragut?? ishh3x!

lya said...

aiyak ciannye ur mom
bodo betoi peragut tuh
x de keje laen kan kan kan

Erieq said...

aku penah kejar perajut.,tapi tak lepas sebab moto die lajuuuuuuuuuuuuuu..., cisssssss

DrSam said...

salam,

yang penting mama selamat. wang boleh dicari.

Kyla said...

iya : mmg ! dah tu keje yg dia ade.

Erieq : Kalu The Flash leh la kejar =p

DrSam : Yep ! btul tu ^^