Saturday, January 17, 2009

Family Day TM Kuala Lumpur 2009

The day After Tomorrow.

Jam sekarang sudah menunjukkan 11.45PM. Aku dah mengantuk tahap gaban masa tu. Aku lihat akak aku sebuk dengan membuka laptopnya.“Haihh, Akak tak boleh tido la. Akak nak buat research pasal background TM ni. Mane la tahu kot2 dia ada tanya pasal vision dan mission TM ni ke” kata akak ku kepada ku.
“Bagus2 semangat kita perlu ada. Tak apa la kalau kalah esok tapi semangat kita untuk esok ada.” Ujar aku kepada Kakak.
“Akak tak boleh la. Risau dengan soalan dia esok ni. Hah, Kyla try tengok map ni. Taman Tasik Titiwangsa tak la jauh dengan Istana Budaya. Nanti kita tak de la sesat esok.
“ohh, ikut la. Buat2 la tido. Esok banyak nak guna tenaga. 5km pulak tu!” Ujar aku kepadanya.

The Day.

F04? Ape tuh?? Ohh nama kumpulan family rupanya. Aku, Papa, Mama dan Kakak ku join LRT EXPLORACE untuk family day tempat kerja Papa ku kali ni. Bagi adik2 ku yang lain mereka join Telematch. Kami berkumpul di Stadium Titiwangsa. Aku nampak peserta2 lain sudah bersedia untuk game kali ni. Soal menang kalah tak kisah la. Ada rezeki kami terima saja.

Nama kumpulan untuk perserta LRT Explorace dipanggil untuk mengambil soalan. 1st dapat soalan agak keliru. Tapi kerjasama perlu untuk kali ini. Apa yang penting?? Kerjasama. Petikan dari cerita wonderpets. He he!

Soalan pertama kami, _ _ A I R _ _ (Clue : graffiti)
-100 meter front, 100 meter left and 100 meter right-

Rupanya jawapannya KHAIRUL. Nama tu terukir di hadapan box electric yang berada 100 meter di hadapan kami setelah keluar dari stadium tersebut. Tapi Alhamdulilah dapat betul!.

Seterusnya, Kami mengikut arahan yang diberikan iaitu berjalan kaki dari Jalan Tun Abdul Razak depan istana budaya melintas ke bulatan pahang untuk menjawab soalan seterusnya. Then kami kena mengambil Monorail Chow kit ke hentian Medan Tuanku then berjalan kaki ke Maju Junction. Soalan kami sepanjang jalan ke Maju Junction tu adalah What is The New English Business Channel? jawapanya Pusat kecantikan BBC. Ade kena mengena la BBC tu dengan English Channel.

Dah sampai ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Soalan kami dapat sepanjang jalan itu. “I'm coming up so you better get this party started” girl? Aku bagi tahu akak aku yang aku penah dengar ayat ni tapi dimana ya. Aku siap call Wani untuk jawab soalan ni. Dia kata ni lyric lagu Pink. Yeh! Betul2! Aku dah agak da. Tapi Papa ku kata tak ada kena mengena. Adeh! Dia suruh aku letak jawapan 'Kedai Kad perkahwinan'. Secara logiknya dia kata kalau nak buat party mesti kena ada kad untuk di jemput. Haha! Buat lawak je Papa ni. So aku terpaksa ikut la. Kat situ dah nampak kesalahan jawapan tu. So bila dapat tahu jawapanya adalah PINK SALOON. Hahaha. Lawaknya!

Di Masjid Jamek Kami kena mengambil LRT ke Sultan Ismail. Untuk mendapat check point seterusnya. Kami telah dibekalkan RM10 untuk tambang. Sampai di Stesen Sultan Ismail kami berjalan kaki ke Jalan Raja Laut soalan kami di situ adalah Sound like ‘noisy’. Aku dah nak give up dah time tu. Tinggal beberapa soalan je lagi. Then jawapan untuk soalan tadi adalah HOTEL BEE SENG! Pergh!!
Dan soalan terakhir yang kami tak sempat jawab adalah Business Center yang Paling Comel. Itu pun dapat jawapan bocor dari kumpulan lain iaitu CUTE - CUTE TRADING.

So result keseluruhan untuk Family LRT Explorace pemenangnya jatuh kepada…. Jeng Jeng Jeng! F04! caya lahh!! Dapat Tv Plasma 32inch! Macam tak percaya jer. Tapi kalu nak diikutkan kami adalah smart cheating. Tak sia2 la perjalanan kami sepanjang 5km. He He He!!


9 Comments? ♥ ;):

MiEy said...

Houu Yee.. [sound like sorak] wakakaka Akak berjaya buat toyol sebaik mungkin. Memang akak ada Six Sense la.. hahahahah [kembang idung2 gue] sempat jugak akak menyumbang suara karoke kat dewan sampai sound system problem.. alia xdpt nak nyanyi lepas akak.. huhuhuhu

Kyla said...

ahahaha! byk ler. tp agak sumbang la. balik tu hujan lebat! =p

miss wanie said...

wahh!! bgus!! tahniah! bw tv tu ke umah bawu kite nnt ye! =) akakaka
gd cheating ye!!
tp apa yg penting?? KERJASAMA!!
pandai pun.. wahahaha

p/s : aku da edit post aku daa.. hehehehe, ampun... kesilapan teknikal cket

Kyla said...

yeh! cheat benda baek tak pe =D

ohh. it's ok babe! =)

bvlgarigirl @ Arianna said...

wowo dpt tv plasma?

caya laa family dia mmg best

taqO said...

wah haha!
best nye dpt memain kn??
satu team ngan famly plak tuh..
syok2.. ^^

RySha sHaiRy said...

naper x masukan gambar tv plasma tu, cerita x lengkap la, kasi la lg cerita pjg punya..baru best

shila said...

x aci. menang mcm tu. =P

Kyla said...

Arianna : huhu =)

En. Ewaz : yep!

Chesu : malas nak pjg2 ^^

Shila : mng mcm mne? ahaha!