Friday, February 6, 2009

Aku, Mereka dan Kampus II

Cerita pertama

Lokasi : Rumah sewa.
Masa : Malam.

Pada hari tu adalah hari yang penuh kemalasan. Pada hari tu juga hujan lebat bukan main. Semua duk berselubung dengan selimut. Sedang duduk berehat mengadap tv suara aween memecahkan suasana "Weh kat luar hujan lagi tak?" Aween bertanya.
"Hujan2x!" Aku dan Alwani berkata dengan serentak.
"Ohh ye ke? Aku ingat nak pergi beli makanan. Tapi hujan pula. Korang ada pesan apa2 tak?"
"Huhh??! tak hujan2x!" serentak Aku dan Alwani berkata. gelak kami serentak memecahkan suasana.
Lalu dengan spontannya aku bangun membuka sliding door untuk membuktikannya.
"Aween tak hujan la. tengok la. hehe! mu nak pegi beli makanan kan? jap2! aku pi amek duit!"

Suara aku kuat kedengaran sampai Faz keluar dari bilik. Dia keluar dari bilik dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Aku faham apa yang dimaksudkannya.

"Faz aku faham, Pi amek duit cepat! Hehehe!" Kata aku dengan mengarahkannya.
"Siapa nak pegi beli makanan tadi?" Kata Faz dengan senyuman tidak habis2 lagi.
"Ye la Faz, Aku nak pegi beli ni. Nak pesan apa?" Tanya Aween.
"Kaksal pun nak!" Muncul pula Kaksal dengan muka kesian dia.
"Haa! cepat sapa nak pesan? nanti tiada talian hayat lagi" Kata Aween. (Aku saja tambah)

Bukan main malas lagi kitaorang ni. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Aween sudah bersuara jadi kami apa lagi pesan la apa yang patut. Ween, Kesian mu ! =p

Cerita Kedua

Lokasi : Kedai Makan sebelah Kolej
Masa : Tengah Hari

Aku teman Kaksal makan masa tu. Wani pergi pejabat post dekat Jasco Maluri nak setelkan pinjaman dia yang tak setel2 lagi tu. Sedang duduk2 membaca novel penulis Hlovate. Datang geng2 Magnificent 4 (aku gelarkannya. ni gara2 terlalu layan novel) yang terdiri dari Bidin, Iki, Wan, dan Yen. Mereka ni asyik bersama. Kehulu kehilir ada je muka dorang.

"Fuyoo! baca novel cinta tu" Suara salah seorang dari mereka.
"Ecehh kyla baca novel cinta eh?" Bidin bertanya.
dalam ati aku perghh! putus fius punya mamat!
"Eh tu bukan novel cinta la, ni pasal budak nakal masa sekolah. Tragis!" Kata kaksal (backing nih)
"Ohh ye ke? tengok kyla, Tunas!?"Kata Bidin.
"A'ahh! tu la jangan cakap je. Isi dalam tak baca." Kata Aku.
"Kyla pegi tak badminton tu?" Kata Wan yang cuba tukar topik.
"Aku tak pegi la. Ade hal. Sorry geng!"
"Laa! asal tak pegi? bagi la sokongan kat kitaorang!" Katanya
"Aku tak pegi, Kaksal pegi kot nanti. Iki faham kan??" Kata Aku lalu pandang ke arah Iki.
"Ye kyla aku faham." Katanya. Thanx coz cuba memahami. (eceh)
"So tak pe la, Ape pun All The Best untuk korang!! Wat tol2 bawa balik hamper!" Kata Aku.
"Ok InsyaAllah, Kalau tak dapat hemper pun akan kitaorang buat hemper sendiri" Kata Bidin

Haha! sengal betul la.

Cerita Ketiga

Lokasi : Rumah Sewa.
Masa : Petang.

Aku tengah berkemas2 nak balik Shah Alam. Lalu ada yang menegur Aku.

"Kyla, ko pergi Medan sampai bila?? Tanya Teakah
"Sampai ahad. mu nak pesan ape2 tak?"
"Ade2, ko belikan la kami tudung. Kami nak bagi mak kami. nanti ko claim la duit convert ke duit malaysia."
"InsyaAllah. nanti aku cari. Korang ade nak pesan ape2 tak?" Kata aku pada housemate yang lain.
"Mek! mu carikan aku tudung jugak! mu tau kan? ari tu aku ade tunjuk ke mu" Kata Wani.
"ohhh, tengok la macam mana nnti"
"Mek, mu punya flight ari jumaat tu kul bape ?" Tanya Alwani.
"Kul 2 ptg."
"MAS or AirAsia?" Tanya Aween.
"Firefly rasanya."
"Sekarang ade pakage murah kan?"
"Ye kot, aku tak tahu la coz semua ayah aku punya plan."
"Aku doakan mu selamat pegi dan pulang. Jangan lupa beli aku souvenir"
"InsyaAllah!"

P/s : Happy Holiday to everyone!


8 Comments? ♥ ;):

shila said...

kyla... nk gak souviner!!! ahaha.

Erieq said...

cerita 1 : kirorang suke gi kedai senyap2.,sbb klu dorang pesan alamat berjam2 la dok tunggu kat kedai mkn tu.,mana tak nye pesan sume gorang2.klu sume pesan bende yg sama takde hal lah huhu.,

cerita 2 : bagus la maen babminton.,untuk kesihatan :P i like :) nape tak join

cerita 3 : wah sume pun nak tudung ker? beli tudung longgok tu jer senang.,huhuhu sampai kasi dorang pilih :P

Superhawa Sykes said...

weh aku nk kebaya indon

Kyla said...

wehhh! aku tak tau nk pilih yang mne satu! ngee! rambang mata aku tgk.

hotel kat sini best!! =D

syakey said...

slmt bercuti.
XD

atok said...

tdo tyme ujan best en?
eheh ;DD

Are_RieVe said...

erm..blaja kat kptm kl??haha..ok tak??aku ex kptm gak..tapi kptm bp..
:)

DrSam said...

tiga lokasi, tiga cerita berbeza. menarik.