Thursday, February 26, 2009

Majlis Perkahwinan.

Selamat Pengantin Baru Buat Abg Khai dan Kak Syira

Aku berada di Klang sempena wedding kakak kpd Aween iaitu kak Syira. Wedding sebenar dia pada 22 Feb. Kami sebagai housemate Aween memberi khidmat untuk membantu akak dia di sana. So ber Qiamulail la kami pada 20 dan 21hb tu. Pada 20hb, Kami seramai 9 orang berangkat dari Cheras dengan menaiki train ke Klang. Sesampainya kami di Klang, kami memerlukan teksi untuk terus ke rumah Aween. Rombongan Cik Aween iaitu dengan 3 buah teksi. Sayang seribu kali sayang kerana kami di tipu oleh pemandu teksi tu. Tambang yang dikenakan sebanyak RM20. Kalau boleh aku mahu sahaja menaiki teksi lain. Tapi tengok keadaan cuaca memang tidak mengizinkan kami untuk menunggu lama di sana.

Kedatangan kami ke rumah Aween disambut dengan hujan yang agak lebat. Alhamdulilah, rahmat dariNya. Aku, Jas, dan Teakah menaiki teksi yang sama sampai terlebih dahulu daripada Aween, Kaksal, Ain, Faz, WaniAdik dan Alwani. Aku, Jas dan Teakah berlari menuju ke khemah yang siap dipasang. Kemudian kelihatan emak Aween menyambut kedatangan kami.

Salam kami disambut oleh Family Aween. Lalu kak Syira bersuara "Selamat datang ke Kem bina Diri, Sila ke dorm anda. Jangan lupa malam ni kita ada Qiamulail kul 3" satu rumah bergegar dengan gelak kami dan keluarga Aween. Setelah berjabat tangan dengan Mak,sedara-mara dan Akak2 Aween. Kami berlangsung ke bilik untuk menganti pakaian yang sudah separuh basah terkena hujan.

Tugas pertama kami pada hari itu adalah membuat bunga mangga. Lalu tugas dibahagikan dengan mengelap telur dan mengisi telur ke dalam bakul dan buat bunga telur. Tugas mengisi telur itu berlarutan sampai ke tengah malam. Jumlah telur untuk diisi agak banyak iaitu sebanyak 4000. Agak la! letih wohh! kami memerlukan khidmat orang lain untuk menyiapkan tugas ini. Tapi hanya separuh je dapat disiapkan. Selebihnya sambung esok. Masing2 letih mengadap telur agaknya. Haha!

Malam tu kami tidak lena tidur. Kenapa? tidur kami diganggu oleh segerombolan nyamuk yang asyik menggigit kami. sengal tul nyamuk ni! terpaksa la aku menderma darah aku pada nyamuk ni. Masing2 tergaru2! tak lena tido weh! ade ke patut kaksal kata aku meraba dia time tido! adoiyaii! sabar je la. Gatal dengan gigitan nyamuk punya pasal da! hehe! sorry ler!

Keesokkan harinya kami bersiap untuk sarapan dan menyambung tugas kami yang teberengkalai pada malam tu. Masa tu tugas kami di ambil alih pada makcik2 (tak berapa nak kenal). Setelah duduk disitu salah seorang dari makcik tu menyuruh kami untuk mengelap telur. Then, aku kata la "Eh tugas lap2 telur serah kat orang lain, kami ada tugas lain pula" spontan je aku kata macam tu. ada ke patut makcik tu kata kami ni keje tak konsisten. Adoiiyaii! letih kami dari semalam tak habis lagi tau makcik oii!

Pada malam 21hb tidur kami tidak lagi diganggu nyamuk. Kami membuat cadangan untuk tidur kali ni kami tidak menutup lampu. Kalau aku memang tak boleh tidur kalau lampu dibuka. Sudah terang lagi bersuluh. Sakit mata woh!. Tapi cadangan mereka supaya aku menutup mukaku dengan selimut or kain. Memang tidur kali ini nyenyak.

Pada 22hb, Hari ditunggu2 bagi akak Syira untuk bersanding di atas pelamin. Tapi pelamin tu kami dah rasmikan dahulu. Hehehe! Pelamin dia lawa seh! purple color. suke si Teakah tgk color tu! Tugas aku pada hari tu menjadi photographer. haiyioo! berkebaya pn jd photographer ka? Aween la ni suh aku jadi photographer akak dia. Gara2 si Apiz lambat tiba pada masa tu aku la ambil tugas dia. Its okey la, bila lagi.. 1st time kot! banyak aku belaja time jd photgrapher ni. iaitu Lighting! (betul kan adik??) =D

Walaupun letih tak habis lagi tapi kami gembira kerana hari tu berjalan dengan lancar walaupun sesetengah individu tidak menyukai perangai kami. Apa2 aje la.... teringat lagu Alah emak kawinkan aku.... Lalalalaa~ ^^


Bilik Pengantin

Pelamin

Member Sekelas Aween dan Housemate datang memeriahkan majlis

2 orang orang yang duduk atas pelamin tu tak lama la tu.
Dslr Nikon D80 dengan SB-900 tu Apiz punya and Olympus E410 tu br aku pnye.
Saja nak belagak =p


Ni la Keja kami after kenduri tu. hehe!
P/s : bak kata teakah Praktikal untuk masa depan.

Aku dan Faz ambil kesempatan bergambar di atas pelamin. =p


21 Comments? ♥ ;):

the cereal killer said...

xlama lagi ko laa pulak kylaa!haha

Kyla said...

ahaha!
tunggu r aku grad dan dah keje dpt duit br pkir psal ni.
ecehh! =D

lya said...

owh chantek colour yg dorg pilih tuh

aLia~c0m0t said...

kalu kak kyla kawin mesti color ijau, betul tak...?

Kyla said...

Iya : yep purple ^^

Alia : tak tau lg =p

tea-kah said...

~lalala~
ayah ku kwen lg
week=P
purple lawa gler
tnggu la ari km nnt
=D

Kyla said...

yeh! ku tunggu....
=D

ShiLa said...

wah! wah! da praktis ke ape tu? =D

Kyla said...

practice make perfect!
haktuii! byk le.
its just act!

Anonymous said...

alaaa...kena gigit nyamuk sikit dah x leh tido..maklum lah, org biasa tido dlm air-cond..gitu la..huhuhuhuh :)

MiEy said...

alahaii rupanya kawan akak masa belajar sama-sama kat KISDAR rupanya.. Keciknya dunia ni.. dah nak masuk 7 tahun tak jumpa.. dah kawin rupanya.. Akak jugak belum kawin2 lagi.. waaaaa

Kyla said...

cehh! kwn die rupenyee...
adoiyaii!
mmg kecik dunia ni.
ahahaa.
bile mau kawin da?? =p

DrSam said...

berQuamullail dimalam pengantin memang meriah. Penat pun tak terasa. Harap tuan punya badan pun cepat-cepat lah ye dapat rezeki yang sama.

Kyla said...

yg tua di utamakan. ^^

MiEy said...

sape yang tua ?? sinis nampak

Kyla said...

hahaha! terase la pulok! =p

good&evil said...

"Gara2 si Apiz lambat tiba pada masa tu aku la ambil tugas dia. Its okey la, bila lagi.. 1st time kot! banyak aku belaja time jd photgrapher ni. iaitu Lighting! (betul kan adik??) "

btul tu kila!betul tu!

Kyla said...

hehehe!
lighting2!! =D

RySha sHaiRy said...

yeh..purple memg cantik, igt masa kawin dulu..blik umah baru pn dh cat purple..wa..wi..

Anonymous said...

paan
hahahaha.tbe2 jer..

Kyla said...

paan tak betul! =p