Sunday, September 20, 2009

1 Syawal - 20092009


1 syawal menjelma tiba, hari raya muncul kembali, Posting kali ini ingin bercerita, kisah di bulan syawal yang mulia ini. Ahahaa.. ecehh berpantun pula aku kali ni. Salam all ! Selamat Hari Raye ! buat berkali2 aku ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa terguris hati mana2 pihak kalau ada posting aku yang membuatkan ada terkecil hati mana2 pihak aku minta maaf. Di 1 Syawal ni mari kita mengeratkan silatulrahim dan melupakan semua sengketa lama jangan ada pendam perasaan yang kurang senang sesama kita. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesra2kan, yang mesra kita serasi2kan.. =p

Raya hari ni serba sederhana sahaja tiada kekurangan cuma family tidak lengkap untuk menyambut beraya bersama. Awal pagi Syawal kami mendapat panggilan telefon dari Abg ku yang kini di Mekah membuat Umrah. Syukur alhamdulilah dia baik2 aja di sana. 8:20 pagi kami berangkat untuk ke masjid untuk menunaikan solat hari raya. Usai solat aktiviti yang di nanti2kan.. aktiviti mengutip duit raya. ahaaa ! Alhamdulilah ada la juga angpau drp tak de =p

Menu hari ni Soto. Sungguh enak... walaupun menu tiap2 raya sama tapi kelainannya adalah menu minuman untuk kali ni.. iaitu Air Roselle. Kalau tengok iklan di Tv menu air sirap je setiap raya kali ni kelainan kami air roselle. Ahahaa !!

Insya Allah pd 2 Syawal kami akan berangkat ke Kelantan Darul Naim. Kg sebelah Mama. So disana lagi banyak cerita ingin di kongsi. so nantikan posting seterusnya....

P/s : Aku tunggu duit raya mu..


0 Comments? ♥ ;):