Sunday, May 16, 2010

Aku, Mereka, PWTC & Berjaya Times Square


Assalamualaikum wbt.

Hai, I have something to share with you all.

14hb Mei


Hari jumaat baru-baru ni saya dan housemate ke Karnival kerjaya di PWTC. Alhamdulilah karnival tu berjalan dengan lancar tanpa berasak-asak seperti beli belah di shopping mall. Hehee.. pertama sekali setelah menjejakkan kaki di karnival tersebut kami kena register untuk mengesahkan bilangan orang yang hadir. Pengalaman? huhu having a lot experience form there.. dengan berbekalkan dslr dan agak malang apabila dslr itu terjatuh di tengah khalayak ramai. Sedihnye... pertama sekali saya check lens camera tu dulu takut-takut pecah.. Syukur Alhamdulilah semuanya okey.. tak ade kerosakkan apa-apa pada dslr tu. Kalau tidak.... jawabnya masuk hospital lah!


Tutup kes tu, kita bebalik pada cerita di Karnival tu. Okey la, karnival tu di buat berkaitan dengan peluang kerja untuk para graduan serta ada sedikit mempromosikan nilai keusahawanan di kalangan graduan. Masa saya kesana memang banyak cabang kerja kita boleh pilih tak kira la apa sahaja pilihan yang kita mahu. Mejoriti yang datang berpakaian kemas lengkap dengan membawa resume mereka untuk memohon kerja disana.


Saya tertarik dengan cara penyampaian orang yang bertugas di sekitar booth. Walaupun saya tiada pengalaman berkerja tetapi saya ada juga dapat pengalaman melihat orang memohon kerja. :D Saya kesana mohon kerja apa? hehe, mejoriti apa yang saya lihat mereka mahukan yang sudah ada pengalaman bekerja dan sekurang-kurangnya mesti ada degree. Itu requirement yang banyak saya lihat. Kepada Diploma? jangan risau ada je peluang untuk kita.. kalau boleh yang untuk Diploma ni sambung la study sampai dgree.. hehehe.. tak de la gurau je.. ;p

15hb Mei

Tahu ke you all pasal showdown ni? Alaa.. live show yang selalu ditayangkan di 8tv setiap rabu 9.30PM. Kami memang dah lama tengok rancangan ni dari mula ditayangkan di 8tv tu. Dari situ jadi minat tengok mereka menari. Baru-baru ni ada 12 crew berentap untuk memperoleh RM50k ni. Ada 1 crew dah keluar jadi 11 crew yang hadir pada roadshow di Berjaya Times Square ni. Ye la nak tengok yang betul-betul live kena dapatkan tiket pergi sana tapi yang ni tak perlukan tiket. Datang tengok je. Hehe..


0 Comments? ♥ ;):