Friday, May 28, 2010

Senyumlah =)




Saat menjelang tidur...
Berharap esok masih berkawan pagi
Melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi

Selalu begitu...
Seiring waktu dan gerak nafsu
Enggan tinggalkan pagi dan selalu ingin tetap berkawan pagi...

Bukankah tetap akan mati?
Jasadmu akan membusuk nanti...
Terkubur bumi dan tiada lagi berkawan pagi...

Pagi itu akan berlalu...
Mengiringi tandu dan tebaran butir- butir debu
Dari kaki-kaki para pelayat

Maka hidupkanlah...
Satu senyum menjelang tidurmu
untuk sambut mimpi-mimpi duniawi...
Tentang pagi dan secubit roti untuk sarapan pagi..

Kerana mungkin...
esok hari tiada lagi engkau berkawan pagi...

Dan jadikan senyum itu...
Sebagai warisan yang abadi...




8 Comments? ♥ ;):

El-Zaffril said...

Kamu suka berpuisi juga ye? Boleh saya copy

Cik Kyla said...

kdng2. hehe. ok sila2 ^^

shameel Iskandar said...

Menarik puisi ni.

JIka esok tiada berteman pagi.
Longlailah langkah kaki
Leburlah segala impi
Berkuburlah apa yang dihajati.

Esok akan datang dan pergi
Hingga kita dipanggil Ilahi
Menjadi tetamu di alam abadi.

MiEy said...

yuuhuu..hujan2 pun sukaneka jugak ke?

Cik Kyla said...

shameel iskandar : Mekasih :D

Cik Kyla said...

Kak Miey : haha. wat kt tapak parking =)

Roronoa Zoro said...

wow!! hebat sekali!

mcm x percaya awak yg buat sendiri.. nie yg nak respek nie.. leh jadi penganti usman awang nie.. =P

Cik Kyla said...

En Zoro : sy tak mahir pun dlm bab2 puisi mcm ni. Sikit2 tu adala. =p