Thursday, June 24, 2010

Kerana ingin menjaga hati.

Assalamualaikum Wbt,

Ceritanya bermula apabila kami bertandang ke rumah rakan kami..

Di satu petang, tekak ku berasa haus. Bersama 3 orang kawan-kawan ku, bertandanglah kami ke rumah sorang rakanku. Sudah lama aku tidak rasa teh susu buatan seorang rakanku ini, gertak hati kecilku. Aku pun berkata.. "hei Wan(bukan nama samaran sebenar), dah lama tak minum teh susu nie... sejak kita datang sampai sekarang tak pernah lagi kau buat teh" Ujar ku... lantas kawan ku berkata "yer tak yer jugak... biar aku yang buat, aku ada bawa teh dari Luar Negara"

Time tu aku berasa sangat gembira, hajat dihati terlaksana. 10 minit selepas tu... air yang diimpi terhidang didepan mata... sekali lihat air itu tak ubah macam air teh... 2 kali lihat air yang dibuat tak tumpah macam air susu biasa tanpa diletak teh. 'kesabaran tak dapat ditahan, air yg dicita sudah ada didepan mata... kami mengapai cawan yang diisi air teh itu dengan kasarnya... mulut dibuka dengan luas, tangan menolak cawan ke mulut... dalam beberapa detik, air teh tersebut jatuh mencecah ke lantai mulut kami...

Alangkah terperanjatnya kami, akan rasa air teh itu... kami memandang sesama sendiri... rasanya tak begitu enak di minum... tapi kami tahu yang Wan berusaha keras ketika membuat teh itu... nak dibuang membazir.. dah la membazir itu amalan syaitan... kalu dibuang jugak mungkin akan menguris hati kawan kami yang bersusah payah membuat teh untuk kami... Wan tahu kami memang hendak sangat minum teh ketika itu... dengan kesungguhan yang diberikan, kami bertiga meminum air teh itu sampai habis... soal kelazatan teh yang diimpikan ditinggalkn. Yang penting hati Wan kena kami jaga... walaupun begitu kami tetap berterima kasih kepada Wan..

Pengajaranya..

1) Hargai usaha yang kawan berikan dan hormati pandangan org lain.
2) Hargai pengorbanan ibu dan ayah yang berusaha keras menjaga kita.
3) Jgn sekali-kali membazir, dan hargailah air, kerana itu adalah rezeki yang tuhan berikan..
4) Bersyukur akan nikmat yg diberikan.
5) Jangan malu-malu mengucapkan 'terima kasih' (nilai murni ini yg ramai anak remaja lupakan)
6) Jangan membuat air teh jika bahan tidak cukup supaya kisah begini tak dirasai oleh sekalian manusia...


Gambar hiasan




3 Comments? ♥ ;):

adik hitam manis said...

wah betol. sokong2!

Chybee said...

haha...kesiannye

Gempak BeB said...

Betul2..kalau elektrik tak ada tak apa lagi,,kalau air tak da..ko orang nak buat macam mana susah oooiii.jom pekena teh tarik.lalalala