Sunday, June 13, 2010

Trip to 'Korea' Part 1

Assalamualaikum wbt

Sebelum saya cerita lebih detail lagi mengenai trip ke korea tu, saya hendak cerita mengenai gathering yang pernah saya beritahu semalam. Gathering yang saya buat di Sunway Piramid hari ini boleh dikatakan mendapat sambutan dari kalangan rakan-rakan yang lain. Walaupun hanya berapa kerat sahaja yang hadir saya bersyukur ada juga ex-classmate yang sudi luangkan masa hari minggu mereka untuk hadir ke perjumpaan ini.

Mereka yang saya maksudkan adalah: Shila, Zaty, Mira, Dekwan, Mox, Marlia, Saf dan Ain. Maaf ye hanya nama glamor saja saya beri. Nak tulis nama panjang tak berapa ingat pula. Hehehe. ^^ Masa kami bersama hanya 1 jam 30 minit sahaja oleh itu kami menggunakan secukup-cukupnya masa yang ada kerana saya, Shila, Zaty dan Mira terlalu lama sangat menunggu mereka yang lain tiba. Jam pada waktu itu sudah pukul 1 lebih. Kami sudah menunggu dari jam 10:30 Pagi. Jadi ada salah seorang rakan saya mahu pulang. Saya pun terpaksa pulang memandangkan dia 'driver' saya pada waktu itu. Hehehe !

Ini ada sedikit gambar kami semasa perjumpaan itu.


TRIP TO KOREA?

Lihat gambar ini. Anda rasa ia berada dimana?


Memandangkan kami telah menjejakkan kaki disini pada waktu siang kami ibaratkan seperti berada di Korea. Melihat struktur pokok-pokok yang kelihatan seperti kami berada di Korea (berangan je tau) hehehe padahal hanya berada di I-City Shah Alam. Ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki disini. Terima Kasih Shila sebab bawa saya kesini. Memang teringin sangat saya ingin menjejakkan kaki di sini.

Jom layan gambar-gambar yang telah kami ambil. :)




Dah sudah-sudah, karang ada yang jeles. ^^



----------------
Now playing: Inuyasha - Forever Love...
via FoxyTunes

25 Comments? ♥ ;):

El-Zaffril said...

Bukan I city ke tu?

Aqila Borhan said...

El-Zaffril : hehe, tepat sekali! ^^

El-Zaffril said...

Pelik... ingat gi korea bebetul... hahahaha... baca sekali imbas... takde plak terperasan I-city...

Aqila Borhan said...

El-Zaffril : hehe, ade la. bace tak hbis ni. ekeke. :P

Shila Rosli said...

ahahahahahah! best kan? sesama. =D

Aqila Borhan said...

Cik Shila : lepas ni wat aku time mlm plk? ngee bleh ke tak kuar mlm ni. -.-"

Sufi Asri said...

mcm best jer.. wahh.. jeles3.. hehe

Aqila Borhan said...

En Zoro : Hehe, ni baru sebahagian gambar kami. ade byk lagi sbnrnye. :P

Anonymous said...

waaahhh!sangat best! :D

taqO said...

Salam.
best ouh dapat berkumpul.. :P

p/s : wah! nk pi i.city hoho~

Aqila Borhan said...

En Ewa : salam, heee. tau ta pe. jom la pi! :D

taqO said...

kempunan ni.xpenah jejak lagi. :S
xpe2..byk masa gi. :)

Aqila Borhan said...

En Ewa : yep btul tu byk mse lg. :D

Aida Borhan said...

pegi tak ajak!

Aqila Borhan said...

bdk2 tak leh g . ;p

.Cik Nana. said...

kyla..!
waa..teringin nak g sane..
harap2 de owang bwk nnt..hikss. :P
kyla sihat?
nana okay..
bestnye kalaw dpt btol2 g trip ke korea..kt uia ade wat trip ke south korea 5 hari 4 malam..
tp xsemua hostel terlibat..

Aqila Borhan said...

Cik Nana : hehe, dtg la shah alam ^^
Alhamdulilah sy sihat je. ramai ke join trip tu? hostel nana x terlibat ye?

atok said...

eh lawa la pulak icity waktu siang ney, bru taw lpas tgk gamba ney aha ;p

Aqila Borhan said...

Atok : a'ahh tau ta pe! ngeee . :)

JeffreeStar Makeup said...

korea la sgt! hahaha

Aqila Borhan said...

ahaks!

nich said...

wahh comel jugak icity waktu siang upe2 nye..
hahahaaha jakun kan saya tak tahu..
sobssss

Aqila Borhan said...

ehehe. takpe2. nnti mne tau suatu hr nnti kmu dpt g sini :D

Unknown said...

i-city kalau g malam lg best kan??

Aqila Borhan said...

Edy : btul! :)