Saturday, October 23, 2010

Ahlan Wasahlan..


Assalamualaikum wbt,

Lama tidak menulis disini, disebabkan saya dalam mood 'honeymoon' ada la sedikit waktu untuk blogwalking semula. :D Selesai sudah Term One saya, kini saya dalam proses untuk persiapkan diri dalam menjalani hari internship. Pada 1 November saya akan memulakan hari bekerja saya di syarikat yang telah saya pilih. Untuk mengetahui dimanakah saya akan menjalani hari internship, sudi la anda ke blog ke-2 saya iaitu Myinternship10, disana saya akan bercerita mengenai tugas saya sepanjang hari internship. (bermula 1Nov okey!)


Ermm.. tutup soal internship. Baiklah ingin saya bercerita kisah sepanjang saya merehatkan diri dalam menulis blog. Sebenarnya saya dalam proses bermuhasabah diri. Kerana Allah telah menguji diri saya dan keluarga saya. Maaf lah kalu saya tidak bercerita detail. Saya cuba untuk menguatkan diri saya untuk menempuh hari-hari yang telah saya alami. Mungkin ada sahabat-sahabat yang mengenali diri saya melihat saya bersikap seperti 'tiada apa berlaku'.. yep! saya sebenarnya cuba untuk kuatkan diri saya. dan saya telah pelajari banyak perkara yang telah saya alami.

Ayat ini dari surah Al-Baqarah ayat 214 : Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Yep benar! Allah takkan uji hambaNya selagi dia benar-benar beriman kepadaNya. Kadang-kadang kita alpha dengan ajaranNya. Tetapi bila ujian Allah menimpa pada diri kita atau pun orang terdekat maka perlulah kita terima cobaan itu.

Ketahuilah, Allah akan uji hambaNya bila-bila masa sahaja. Cuma kita sahaja tidak ketahui. Persiapkan dirimu dengan ujianNya. Maka, selalulah mengingatiNya.

P/s : Baru-baru ini Allah telah memberikan saya berita yang mengembirakan hati saya. Terima Kasih Allah.. ^^




0 Comments? ♥ ;):