Friday, January 14, 2011

Perilaku manusia sukar diramal

Assalamualaikum wbt bloggers,

Part 1 :

Hari khamis semalam ada gap 2 jam untuk menanti kelas pada jam 2ptg. Saya dan rakan kelas ke Jusco untuk shopping barang. Lama tak jejak Jusco sejak cuti 2 bulan yang lalu. Jadi saya teman mereka untuk shopping. Memandangkan elaun mereka sudah masuk.. sakan la berbelanja. :)

Singgah ke kedai Vincci. Niat di hati ingin membeli. Tapi tiada yang berkenan.. so hanya menanti di kerusi yang tersedia. TERLIHAT pasangan mak dan anak yang sedang sibuk memilih kasut di situ. Si anaknya agak 'rugged', si emak pula agak 'polite'. Si anak ingin membeli beg yang berada di vincci itu. Terdengar percakapan si emak saya dapat mengagak itu bahasa orang pantai timur. Oh.. saya memang tahu bahasa kelantan ini.

Si anak kehulu kehilir dengan beg yang dia pilih, Pening kepala si pekerja melayan karenah dia tu. Hehe... Si anak tadi meminta pendapat si emak mengenai beg yang dia ingin beli.. Si emak mengatakan beg yang dia ambil itu seperti orang mahu ke majlis kenduri + seperti trend orang tua. (saya translatekan apa mereka cakap) Lalu si emak pun memilih beg yang dia suka beri kepada anaknya. Tetapi si anak tidak suka. Haihh.. kelakar la mereka berdua ni.

Akhirnya si anak memilih beg yang dia inginkan itu. Selesai memilih.. dia ke arah kasut yang tersusun. Dia mengambil Boot. Si emak kata 'tok soh nok beli koksei' (tak payah la nak beli macam-macam) Si anak kata 'Hok ni nok beli bilo gi England' (Yang ni nak beli bila pergi England). Wah!! :D

Lalu bahu saya disentuh oleh rakan..

"Jom kyla...."

Part 2 :

Hari ini saya ada program bersama mentor saya di kolej. Patutnya sesi perjumpaan itu pada jam 10 pagi. Lalu saya menerima message dari rakan sementor dengan saya yang mengatakan perjumpaan itu ditukar pada jam 11 pagi. Memandangkan pada jam 9 pagi itu saya sudah bersiap untuk ke sana... saya pun di ajak oleh rakan serumah yang lain untuk pergi dengan mereka sekali..

Pada jam 11 pagi, saya ditugaskan untuk mencari kelas bagi sesi perjumpaan itu. Saya mencari juga la siapa rakan sementor dengan saya lagi. Saya ingat saya sorang sahaja datang pada perjumpaan itu rupanya ada lagi seorang junior hadir. :D ada kawan! ;) Teman saya yang lain tak datang atas alasan hujan lebat di tempat mereka.

Usai perjumpaan itu, saya mahu terus pulang ke rumah family saya iaitu di Shah Alam. Saya hanya menggunakan public transport untuk kesana. Semasa menanti train, saya TERLIHAT pasangan kekasih yang berjalan di hadapan saya. Saya hanya perhatikan mereka. Lelakinya memakai cekak, perempuannya berskirt pendek.

Lalu ada satu adegan mereka cukup mesra.. lelaki itu kiss dahi that girl! kat public pulak tu. Erghh! Aduhh.. habis pandangan mata saya.. lalu saya alihkan pandangan saya ke arah jalan train itu dan memejamkan mata... dengan hanya beristigfar. Astarghfirullah alazim.. =.=

Lalu ada suara memanggil nama saya..

"Eh! Kyla...."

Seriouslly, saya macam pernah dengar suara memanggil nama saya tu..

owh, rupanya kawan serumah saya.. :)

P/s : Saya suka perhatikan orang.. :D


0 Comments? ♥ ;):