Sunday, January 16, 2011

Sahabat baik untuk selamanya


Assalamualaikum wbt bloggers,

Alhamdulilah... Semalam Allah permudahkan segala urusan saya untuk bertemu dengan sahabat baik saya sewaktu di tadika, sekolah rendah dan menengah dulu hingga sekarang kami bersahabat. Bagi tidak memanjangkan cerita, kami actually tak plan pun nak keluar bersama-sama. Oleh kerana saya hari ini murah rezeki, pergi la ajak mereka makan-makan di Pizza Hut di Extreme Park, Seksyen 13 Shah Alam.

Sebelah kiri itu Shila.

Yang kiri itu Mira dan yang kanan itu Zaty :)

Kami berjanji untuk makan bersama dalam Jam 3 petang, oleh kerana ada kekangan sedikit Jam 4 baru tiba di tempat yang ditujui. Biasa la, kalau dah berjumpa borak sakan la kan? mereka ni 'sengal-sengal ubi' kalau dah bukak topik perbualan tu ada saja ceritanya. Huhuh..

Saya teringat pada waktu itu saya terbuka cerita mengenai seorang kawan kami yang dahulunya rapat dan sekarang kurang pasti apa punca pergaduhan mereka. Saya tahu masing-masing ego dengan perasaan mereka, sebenarnya nak juga mereka berbaik-baik seperti dahulunya. Tapi saya tahu memang susah..... Saya teringat kata-kata seorang penyanyi nasyid Hafiz Hamidun

"Satu hari berkawan lebih baik dari setahun bermusuhan"

Haha... boleh ke? :)

Meh la masuk blog sahabat saya Shila dan Zaty.

Tiba-tiba Shila bukak topik pasal cerita lawak yang berlaku masa kami tengah makan Pizza. =.="
Lawak yang tidak disengajakan berlaku...

Kisahnya... Sewaktu Cik Shila ni meminta untuk membuka botol air revive seperti yang terdapat di dalam gambar itu. Biasa la tangan sebelah kan dah pegang makanan jadi.. saya menggunakan tangan kiri saya untuk menahan botol itu. Then Shila ini pula membuka penutup air tersebut..


Maka terjadilah kisah yang tidak disengajakan bahawasanya yang penutup botol itu terjatuh di dalam gelas minuman saya. Tetapi reaksi saya pada waktu itu terlalu 'blur' dan kami semua pun masih keliru apa yang terjadi sebenarnya. Lepas itu saya pun ketawa dengan tiba-tibanya. Mereka turut ketawa. Adoihh! Mungkin awak semua masih tak nampak atau faham lagi apa yang sudah berlaku. :P

Usai makan semua, kami ke Giant Seksyen 13. Yang menjadi pertanyaan sekarang siapa sebenarnya nak shopping pada waktu itu. Memandangkan sudah berada di tempat itu saya pun telah membelanjakan sebahagian duit saya gara-gara sehelai seluar jeans. Hahaha. Tahniah Shila kerana telah menghasut saya untuk membeli seluar berkenaan. Teruskan usaha mu! :p

Cool blog kan? Thanks Zaty coz belanja benda ni. Katanya hadiah Graduate. :D

Alhamdulilah... Pertemuan hari ini kerana Allah.. Kita hanya merancang dan Allah menentukan segalanya. Itulah dinamakan jodoh kan? :D Bukan senang kami hendak berjumpa seperti sekarang. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Thanks korang!! :)

----------------------------------------------------------------

Awak!!! undian sudah pun bermula. Awak tolong la undi blog saya ni klik sini GayahSpears. Ingat tak saya pernah masuk pertandingan template tercantik dulu? Kalau awak rasa template saya ni cantik.. undi la saya ye. Cari je nama saya dalam list undi tu (pelita89.blogspot.com) Cik Kyla.


10 Comments? ♥ ;):

Cik Kumbang said...

hidup akan mnjadi lebih bermakna dgn kehadiran sahabat baik =)

Aqila Borhan said...

@Cik kumbang : sememangnya benar kata2 itu. ;)

Tieah Madian said...

Sahabat memang best lg2 kalo sahabat blnja mkn..
Hahaha..
Nanti nak p undi ek..

Aqila Borhan said...

@d_tieah : amboii. hehe.. :D ok undi tau :)

tea-kah said...

whai cik kyla
nmpak you shopping kt sni..
so pe kata blnja i plak
syng u lebih lah klo u blnja i
ahaha

Aqila Borhan said...

@tea-kah aka fishball : hahaa.. amboiih fishball ni :P bkn main lg. ada org tu pegi shopping kt pavi je.. :P

Shila Rosli said...

ahahaha.
nice meh cr karangan awak. =P
myb ada y x phm apa y terjadi tp sumpah lawak gila!!!
boleh pula pandang muke sesama sendiri. lepas tu br sedar. wahahahaha.

thanks babe!

Aqila Borhan said...

@ Shila : wahhaa. ni dh terhabis karang dah. :P

ok wlcme :)

Gayahspears said...

wah.. bagus lah n3 sahabat ni..s empat lagi kyal pomot suruh undi.hihi.. gd luk ya yunk.. muahauah

p/s : maaf lambat terjah.. bz cket

Aqila Borhan said...

@ gayah : hehe.. promote tu pnting. :D