Sunday, February 13, 2011

Sabar itu separuh daripada Iman




Daripada Abu Said R.A., katanya, "Beberapa orang kaum Ansar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah. Lalu diberi oleh baginda. Kemudian, mereka meminta lagi. Terus diberi olehnya... diminta lagi, diberi lagi sehingga habislah segala apa yang ada pada Rasulullah. Nabi SAW bersabda, "Tidak ada apa lagi padaku dan tidak ada apa pula yang kusimpan. (Ingatlah!). Sesiapa yang ingin terpelihara daripada sikap meminta-minta, ALLAH akan memeliharanya. Sesiapa yang merasa cukup, ALLAH akan mencukupkannya. Dan, barangsiapa yang berhati sabar, ALLAH akan memberikannya kesabaran. Tidak ada satu pun pemberian ALLAH yang diberikan-NYA kepada seseorang yang lebih baik dan lapang daripada sabar,"(Hadith sahih Bukhari).

Kata kunci :

  • Sesiapa yang ingin terpelihara daripada sikap meminta-minta, ALLAH akan memeliharanya.
  • Sesiapa yang merasa cukup, ALLAH akan mencukupkannya.
  • Dan, barangsiapa yang berhati sabar, ALLAH akan memberikannya kesabaran.
Credit to Muthiah


2 Comments? ♥ ;):

Pjaz a.k.a kud0o said...

Sabar salah satu kunci untuk mengelakkan seseorang itu melakukan di luar batasan..

Cik Kyla said...

Pjaz : yep... maka bersabarlah..