Monday, June 20, 2011

Apabila soal Jodoh dibicarakan..

Saya : Ma tukar channel jap..

Mama : Nak tengok cerita apa?

Saya : Bakal menantu mama masuk tv...

Mama : Haa!? manaaa?

Saya : Tu.. imam muda _____ tu.. :D

♥•♥•♥♥•♥•♥♥•♥•♥♥•♥•♥♥•♥•♥♥•♥•♥♥•♥•♥♥•♥•♥♥•♥•♥♥•♥•♥♥•♥•♥

Assalamualaikum wbt,

"Jodoh Pertemuan ditangan ALLAH"

Subject saya paling tidak suka adalah mengenai soal Jodoh. Apabila keluarga buka topik mengenai itu awal-awal lagi saya drop subject tu.. tapi saya tak boleh halang mereka untuk berbicarakan mengenainya. Apa boleh saya katakan.. hanya mampu berserah... Baru-baru ini kakak pernah tanya siapakah gerangan someone special.. hanya ketawa menjadi jawapan untuk soalan dia itu. Kenapa la saya tak berminat untuk berfikir tentangnya sekarang.. Haihh..

Mama pula sibuk meminta saya mencari 'someone special' sekarang.. Ya ALLAH.. kenapa mereka sibuk dalam soal ini.. Tak lari gunung dikejar.. kerana dah lali dengan pertanyaan mereka.. akhirnya saya buat keputusan.. kalau mereka nak tolong carikan.. sila la.. :)

Mama kata soal jodoh ni tak boleh buat main-main.. kita nak cari yang kekal sampai ke akhirnya. Ye tahu.. Tapi.. if one day tak ada someone special tu mungkin dah takdirNya.. Kita tak boleh buat apa kan? usaha je la..

Ceramah mama pada hari tu..

Kita ni tak boleh nak cari yang perfect.. sekurang-kurangnya.. ada la pro dan kontra untuk sebuah perhubungan itu. Macam kita ada kelebihan sesuatu.. mana tahu pasangan kita ada kekurangan akan sesuatu.. begitu la sebaliknya.. ALLAH takkan beri sesuatu tu semua yang bersifat sempurna.. Melainkan pasangan itu belajar untuk menjadi sempurna disisiNya..

MasyaALLAH...

Mungkin saya akan memilih untuk bercinta selepas kahwin.. ianya lebih menarik

InsyaALLAH..



Disini ada Nota cinta buat bakal pendampingku..

Assalamualaikum,

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu…

Wahai saudaraku.. Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku.. Janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami..

Credit to : http://syahirul.com

P/s : Entri jiwang :p


7 Comments? ♥ ;):

Nini Hartini said...

Belum ada psgn, sabar..yg penting berdoalah dr sekarang spy ditemukan jodoh dgn lelaki soleh yg sesuai utk kyla. berdoa mst dr skrg tau.

Bunga said...

suker entri ni..bunga pun sama..nak bercinta lepas kawin..insyAllah..

Aqila Borhan said...

InsyaALLAH :)

nadia_fendy said...

Urusan Jodoh itu ditangan Allah SWT.. InsyaAllah janjiNya pasti.. :)

ned ade wat contest, jengah2 sini taw!!

http://nedhenna.blogspot.com/2011/06/contest-mencipta-logo-tagline-nedhenna.html

Aqila Borhan said...

InsyaALLAH...

hehe. bukan main lg contest dia... mcm payah je nadia. :)

nadia_fendy said...

hehe..xsusah mane pun.. ned sebenarnye tak buat logo & tagline lagi, tu yg buat contest .. :) ned terima mcmane rupa pun..

Aqila Borhan said...

InsyaALLAH.. ada masa nnti join la.. :)