Sunday, June 19, 2011

Entri khas untuk hari bapa

Assalamualaikum wbt bloggers and readers,

Mungkin ada sudah tahu cerita ini dan mungkin tidak tahu menahu pun.. Hari ini terdetik untuk bercerita. Ini adalah pengalaman saya.. Kita tak tahu Ujian ALLAH itu bagaimana..

Pada 26 August 2010 : Jam 10 pagi

Sedang membuat persediaan untuk presentation group project lalu kakak telefon..

Kakak : "Assalamualaikum, dah habis kelas?"

Saya : "Waalaikumusalam, Belum, jap lagi ada presentation.. kenapa?"

Kakak : "Papa masuk hospital... sekarang dekat ICU"

Ya ALLAH!!

------------------------------------

Perasaan saya ketika itu.. Sedih teramat sangat.. Air mata peneman sepanjang saya dalam perjalanan itu.. Terpaksa cancel class dan presentation terus bergegas ke Shah Alam..

Saya dapat tahu ketika kejadian itu papa nak bersiap untuk pergi kerja.. lalu rebah di hadapan toilet..

Doktor beritahu papa mengalami stroke.. Otak belah kiri, tangan dan kaki belah kanan effect. :'(

Waktu itu tidak fikir lain dah... hanya berdoa, beristigfar.. dan ingat ALLAH..

5 hari papa di wad ICU

Doktor beritahu otak dia mengalami bengkak.. jika tidak dibedah ia akan membesar dan mengganggu saraf..

MasyaAllah...

Mama dah bagitahu taknak buat sebarang operation keatas papa. Sebab.. yang pertamanya kalau dibedah mungkin kehidupannya akan bergantung pada machine life support.. siapa hendak begitu..

Dengan berkat doa semua, bengkak itu surut dan makin mengecil.. Alhamdulilah..

Syukur pada hari ke 5 itu papa dapat keluar dari ICU dan lalu masuk ke wad biasa.. syukur teramat sangat..

2 minggu rasanya di wad biasa.. ketika itu 1st hari raya di dalam hospital..

Orang lain dapat berseronok untuk sambut hari raya.. kami?? tiada perasaan untuk sambut hari raya pun.. usai solat hari raya.. terus bergegas ke hospital KPJ Shah Alam. Kami siap bawa baju raya yang dijahit khas untuk papa.. sedihnya toksah cerita la.. Saya tahu ini takdir.. maka kita kena terima..

Mungkin ada yang nampak keceriaan kami satu family kalau berjumpa dengan orang luar.. tetapi dalam hati siapa tahu? Itu dinamakan takdir ALLAH.. kami tabah menerima ujian itu..

------------------------------------------

Alhamdulilah...

Sekarang papa ada sedikit perubahan daripada duduk di hospital dulu.. Daripada tak boleh berjalan.. syukur kini dia boleh berjalan walaupun agak perlahan.. dengan bantuan mengurut..

Dengan sokongan semua keluarga.. kami mesti pulihkan semangat papa.. kalau tidak dia akan murung dan tidak bersemangat untuk buat rawatan.

Saya nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA buat papa..

Semoga Papa sembuh sedia kala.. tak 100% tak apa la.. janji papa dapat bercakap dengan kami.. Get Well Soon!

Gonna Miss you!

Doakan supaya dia cepat sembuh..

Thanks for reading..

P/s : Bersyukurlah...


8 Comments? ♥ ;):

cucu umie said...

semoga abah kamu cept sembuh yer..incya-Allah

miwwa J said...

sedihnya! =(

semoga ayah awk cepat sembuh k kyla..insyaAllah. AMin

sea_lavender said...

Alhamdulillah ..ayh kamoo tlh beransur pulih2..moge semakin sembuh dan dapat bersma kamoo skeluarga sekembali dgn kegembiraan dan kebhagiaan..Insya-Allah.. =)

taqO said...

salam cik kyla.
sy tumpang simpati atas keadaan ayah anda. Bukan senang nak terima org yang kita paling syg kat dunia ni ditimpa musibah. Ini lah ujian buat setiap manusia. harap doa anda diteruskan. insyaAllah sy mendoakan kesejahteraan keluarga anda.

Khuzrin Kamarudin said...

Insya-Allah beliau sembuh.... he's always a legend... sama macam bapa saya... heee...

Cik Kyla said...

Terima Kasih atas doa kalian.. Hanya ALLAH sahaja dapat membalas segala kebaikan tu..

Nini Hartini said...

Alhamdulillah... kyla, kwn akak ayah dia lumpuh sblh badan. tp dia ada guna 1 kerusi ni. Alhamdulillah skrg dah boleh berjalan dan sihat. hg kerusi tu dlm 20k x silap akak. tp mmg nmpk berkesan. kalau mampu, mungkin boleh beli. kerusi tu boleh digunakan semua org utk melancarkan perjalanan darah dan mencuci darah.

Cik Kyla said...

Alhamdulilah.. 20k? mahalnya kak.. huhu..