Thursday, June 9, 2011

Masyarakat Berpeluang Menyaksikan Gerhana Bulan Penuh Di Malaysia.


Assalamualaikum wbt bloggers and readers,

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 190 yang bermaksud : "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" .

Salah satu tanda kekuasaan Allah dalam peredaran bulan, matahari dan bumi, adalah kejadian Gerhana Bulan.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oIeh Muslim bermaksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. OIeh itu, apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala’ kegelapan".

Di Malaysia akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh dua kali iaitu yang pertama pada 16 Jun 2011 (Khamis) – awal pagi bermula 1.22 pagi sehingga 7.02 pagi dan pada 10 Disember 2011(Sabtu) pada jam 8.45 malam. Fenomena seperti ini amat jarang berlaku di Malaysia.

Gerhana bulan penuh ini berlaku apabila keseluruhan jasad bulan memasuki dalam kawasan umbra. Ketika itu bulan kelihatan terapung-apung di angkasa dalam keadaan tidak bercahaya. Pemerhati-pemerhati di bumi akan dapat melihat warna bulan ketika ini berwarna merah tembaga, sebagai kesan pembalikan cahaya dari luar kawasan umbra.

Bagi Jabatan Mufti Selangor satu program akan diadakan bagi menghayati bukti kebesaran dan keagungan Ilahi pada 16 Jun 2011 (Khamis) bertempat Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Antara pengisiannya ialah Jom Teropong Angkasa, Tayangan Video Cakerawala, Solat Sunat Gerhana Dan Bacaan Khutbah. Maklumat lanjut hubungi Jabatan Mufti Selangor Bahagian Falak di talian 03-55143547 / 3718 / 3717 / 3720.


Data Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun 2011 (Khamis)

Fasa

Keterangan

Masa

P1

Bulan Mula Memasuki Kawasan Bayang Penumbra Bumi

1.22 pagi

U1

Bulan Mula Memasuki Kawasan Bayang Umbra Bumi

2.22 pagi

U2

GREATEST

U3

Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula

3.22 pagi

Fasa Gerhana Bulan Penuh berakhir

5.02 pagi

Kemuncak Gerhana

4.12 pagi

U4

Bulan Mula Bergerak Keluar Dari Kawasan Bayang Umbra Bumi

6.02 pagi

P4

Bulan Mula Bergerak Keluar Dari Kawasan Penumbra Bumi

7.02 pagi


Umbra : Bahagian Bayang yang sangat gelap
Penumbra : Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah

Wallahualam..

Sumber : Dari Email.


0 Comments? ♥ ;):