Saturday, July 30, 2011

Human Behavior : Is it Normal?


Assalamualaikum wbt,

Kita biasa dengar kritikan, kutukan, umpatan dan sebagainya dari orang lain. Pantang ada yang tak kena dekat kita pasti ada yang tak puas hati dari orang lain. Itu dah biasa terjadi bukan? Tidak kiralah sejauh mana kita berusaha, tentu saja ada silapnya di mata mereka.

Kita tidak akan dapat puaskan hati semua orang. Yep! memang betul sesungguhnya nobody is perfect. Jangan kata kita sahaja bagus.. dan orang lain semua bagus. Mungkin setiap orang berpendapat yang mereka la yang paling the best and perfect.

Buat apa nak balas balik setiap yang orang lakukan kepada kita? cuba anda fikir ya.. apa yang anda dapat kalau kita balas setiap apa yang mereka lakukan? KEPUASAN? itu hanya sementara sahaja!

"Tutup mulut tempayan memang mudah, nak tutup mulut orang susah sikit"

People like to gossip. Sebab? nowadays people hungry with an information. Kalau ada infomasi terbaru mereka laju hendak tahu.. lagi-lagi ianya cerita mengenai orang lain. Okey.. cuba fikir kalau anda yang menjadi topik perbualan itu? Mesti anda tidak suka bukan? cuba anda fikir, kalau kawan anda umpat mengenai anda seperti anda tengah lakukan sekarang? mesti anda tidak suka bukan? seperti itulah orang yang anda bercerita itu tidak suka akan kelakuan anda.. Please people open your mind!!

MasyaALLAH.. Banyakkan zikir dan ingat kepada ALLAH. Amalkan surah Al-Anbiya ayat 87 - Laiilahailla anta subhanaka inni kuntu minal zolimin.

Ini mungkin ada sedikit pendapat saya yang boleh saya kongsi untuk anda semua.. Macam mana nak handle kepada orang yang tidak puas hati kepada kita tu..

1) Don't be too sensitive : Apa yang anda perlu lakukan.. SENYUM :) itu cara mudah untuk kita tangani masalah ini. Dengan senyum anda boleh sejukkan hati anda. Jangan terlalu sensetif. Nanti anda lagi sakit hati. Kalau kita lagi mengata dia, lagi bertambah dosa kita kepada ALLAH..

2) Open minded : Kita masing-masing dah besar. Jangan seperti katak dibawah tempurung. Cuba berfikir dengan terbuka. Berfikir secara terbuka dan dewasa. Kita bukan budak-budak lagi. Cuit sikit dah menangis.. don't be like a child!

3) Be empathy : Put ourself in their shoes. Cubakan jadikan diri kita di tempat mereka. Fikir apa yang kita rasa kalau kita mengalami situasi seperti mereka. Dengan itu kita akan lebih dapat memahami mereka. Tapi kadangkala ia tak berkesan. Sebab naturally, kita selalu fikirkan lebih tentang diri kita sebelum fikir tentang orang lain. Again, normal human behavior.

4) Be tough inside : Kuatkan semangat! mungkin susah.. tapi lama-lama insyaALLAH benda ni boleh ditangani.. Terima nasihat orang dengan baik, dan jangan pulak terus nafikan. Terima, dan analisis kenapa orang cakap macam tu. Kalau kita bertenang, tentu dapat terima dengan baik.

5) Patience is important, things will be better in time : Sabarlah. Kalau kita sabar sentiasa, lama-lama orang pun dah malas nak buat hal dengan kita. Dah malas nak tak puas hati dengan kita. Yelah, buat macam mana pun kita dok rileks je tak terkesan apa-apa, tentu orang tu fed up kan?

6) Do not short temper and loss control : Janganlah tiba-tiba nak melenting tak tentu pasal. Tiba-tiba serang. Tak tanya apa-apa pun tiba-tiba dah buat muka dan marah-marah. Terpinga-pinga lah orang lain tak ketahuan apa yang terjadi sebenarnya. Bertenang.. cuba SENYUM :)

7) Pray to ALLAH : Last but not least, berdoalah.. semoga kita akan dirahmati oleh ALLAH. Doakan diri kita supaya menjadi yang terbaik, doakan mereka supaya mereka juga melakukan yang terbaik. Sama-sama berusaha. InsyaALLAH..

In conclusion, Bermaaf-maafan diantara satu dengan yang lain. Kita sama-sama manusia.. tidak lepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman kita mungkin berbeza. Fikir banyak kali. Fikirkan ia secara positive. Sekurang-kurangnya, dengan itu kita akan lebih bersyukur. Manusia, tak pernah rasa cukup. Manusia ni kalau dapat rumah kecil, mahu rumah besar, dapat rumah besar, mahu banglo, kemudian istana. Mana pernah cukup. Jeles sungguh bila orang lain ada lebih dari kita. Nafsu lah punca kita tak pernah puas hati dengan orang. Semoga kita mendapat iktibar dan menjadi lebih dewasa.

Coretan dari saya.. Pengalaman mengajar saya lebih dewasa.

Thanks for reading.

Wassalam.

P/s : SALAM RAMADAHAN. Semoga ramadhan kali ini mendapat keberkatan dariNYA. Aminn...


7 Comments? ♥ ;):

Unknown said...

Nice post qila!
thx for the tips 2....
huhuhu...
but,2 sume standart la life skang,
masing2 rase masing2 batul,
xder nak ngalah,
lg best yng pantang dicuit,meroyan cm ape jerk...huuhu....

[comment dan follow kamu!] =)

Aqila Borhan said...

Berry Bee: Thanks sudi baca dan sudi comment.. semoga menjadi iktibar utk kita smua.. thanks follow :)

One-Nie said...

betul tu babe.. bkn mudah nk puaskan hati semua org...

Thn 4 d info! ;)

Aqila Borhan said...

Mika : thanks babe sudi baca.. :)

Capslee said...

pengisian yg sgt baik ^_^

Bunga said...

entri yg baikk..insyallah dapat bg sedikit panduan dalam mengharungi kehidupan dunia..

Botak said...

ini lah ragam manusia., kita tak lepas daripada benda ni semua..