Wednesday, January 4, 2012

Adakah anda rakyat Malaysia yang bertanggungjawab?

Assalamualaikum wbt,


3.7 juta rakyat Malaysia belum daftar mengundi? Sedihnyaa... Rupanya ramai lagi yang belum ambil kisah pasal benda ni.. duk sembang kosong je, baik pergi mendaftar kepada siapa yang belum mendaftar tu..

Mengundi adalah satu kewajiban sekiranya anda seorang rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas. Tak kiralah anda nak undi parti apa-apa pun, ianya adalah hak anda sebagai seorang rakyat.

Alhamdulilah, saya sudah pun mendaftar dan ini tanggungjawab saya sebagai rakyat yang dah cukup syarat... Kini sedang bersiap untuk menunggu tarikh Pilihanraya Umum..

Bagi mereka nak tahu dimana status pendaftaran dah disahkan ke belum.. sila lawati www.spr.gov.my bagi mereka yang ingin check status. Semuanya terjawab didalam website Suruhanjaya Pilihanraya.


Boleh klik di ruangan semakan daftar pemilih bagi sesiapa yang sudah mendaftar.. yang belum mendaftar boleh lah klik muat turun borang.. dan isi borang A. Terus dihantar ke sistem aduan/pertanyaan dan klik pendaftaran pemilih.. upload borang tu ke dalam tu. senang jeh.. Sebarang pertanyaan sila diadukan ke dalam web tu.. semua dah dinyatakan.. Gunakan hak anda sebagai mengundi untuk menentukan masa depan kita semua juga..
p/s : Saya dah! anda?


4 Comments? ♥ ;):

One-Nie said...

saya pun dah! 2012 tahun mengundi!
terasa tau la plak!
hihihi...

Cik Kyla said...

Mika : Undi la dgn bijak. Haha. Festime mgundi tahun ni.. fuhh. ;p

*~Miss Lisa~* said...

2013 la mengundi,wanie.ekeke..kita semua salah predict. Rupa2nya PRU plg lmbt dibuat org. Haha

Kyla said...

Lama sangat tunda. hahah. sabar je la..