Wednesday, December 28, 2011

Kanak-kanak mudah terpengaruh


Assalamualaikum wbt,

Baru-baru ni saya pulang ke kampung di Kelantan bersama keluarga Chesu iaitu Mak saudara. Mak sedara saya ada 3 orang anak, dan semuanya jejaka idaman malaya. :p Si Abang Long berumur 8 tahun.. yang no-2 umur dalam 4-5 tahun dan bongsu 10 bulan.

Biasa la kalau budak-budak, kalau dah besar mereka ni buas-buas belaka.. paling buas sekali no dua tu.. kalau cuit sikit mula la nak menangis dan mengadu dekat papa dia. Si Abang Long ni kalau marah baru dia dengar kata. Adik yang last sekali.. baby lagi.. kalau merengek bagi makan senyap la tu.. ;p Mereka dua beradik ni kuat betul ikut pengaruh tv. Lagi-lagi suka tengok kartun dan siap mengayakan lagi. Selalunya kartun mereka suka Ben Ten dan upin ipin. Tapi sekarang dah minat Boboiboy pula.


Ini adalah fakta, budak-budak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat tak kira la dari tv atau contoh terdekat dengan dia ibubapa. Kalau ibubapa tak didik anak-anak, maka mereka ini mudah terjebak dengan kelakuan negatif mahupun positif.

Sebenarnya pengaruh tv tu kita boleh ambil iktibar, dari sudut positif... Seperti anak-anak ni suka meniru lagak dari kartun mereka tengok. Cuba ajar mereka untuk lebih semangat untuk pandai mengaji, membaca, atau menulis ke.. Kalau anak-anak ni suka meminta.. bagi saja tapi cakap dekat anak..

"Abang Long, Boboiboy tu pandai kan? kalau Abang Long nak jadi macam dia.. Abang Long belajar dapat nombor satu dalam kelas. Nanti kawan-kawan Abang Long semua respek dengan Abang Long. Jadi Abang Long ada kuasa.. dorang tak boleh kalahkan Abang Long. Belajar pandai-pandai. Sama macam Abang Long dapat kuasa macam Boboiboy. Kalau Abang Long dapat nombor satu.. cakap je apa Abang Long nak. InsyaALLAH akan dapat"

InsyaALLAH, baru semangat anak-anak nanti..

P/s : Kalau anak saya, saya sekat dari tengok kartun yang tak mendatangkan faedah bagi mereka.. InsyaALLAH, akan didik anak dengan ilmu agama.. Amin..


2 Comments? ♥ ;):

taqO said...

hurm. betul la tu. ada sumber yg mengatakan ianya adalah benar. rasanya ingatan mereka 'kuat' bermula dari tahun tahun begini lah.

Jadi ada yg melarang anak anak mereka dari menonton tv. lebih kan pada sukan luar rumah. atau pada mlmnya mengaji atau membaca. :)

perkongsian yg kool cik kyla.

Aqila Borhan said...

En Ewa : Yep, benda ni kita kena didik dr kecik lg. Nk tgk kartun tak salah. tp jgn kerap kli ajar anak2 tgk cerita2 kartun yg tak mendatangkn faedah bg mereka.. cari cerita yg ada moral value. tu yg penting. :)