Thursday, February 16, 2012

Bicara soal lambatnya jodoh.


Assalamualaikum wbt,

Saya tertarik dengan penulisan Ustazah Fatimah Syarha didalam buku yang beliau tulis iaitu Sebarkan Cinta-Mu. Ada satu dialog antara Sarra, Diranie, dan Ibu Dhiya' iaitu mengenai soal jodoh. Kata-kata ibu Dhiya' banyak memberi kesedaran diri..

Sarra : "Ibu Dhiya, saya tidak faham, sekiranya ALLAH sayangkan kita, mengapa Dia menguji kita?"

Ibu Dhiya' : "Jika ALLAH tidak menguji, bagaimana Dia akan memberikan bukti kepada kita, siapa yang layak mendapat kedudukan tinggi dan sebaliknya di akhirat nanti? Hidup tanpa ujian ibarat belajar tanpa peperiksaan. Semua orang akan bersikap sambil lewa dan sukar mengenal pasti siapa yang berkualiti dan siapa tidak"

Sarra : "Misalnya, saya diuji belum bertemu jodoh sedangkan saya teringin berkahwin awal. Apa yang Dia mahukan?"

Ibu Dhiya' : "Sebelum kita tanya kerja ALLAH cuba bertanya kerja kita . Adakah kita sudah berusaha mempersiapkan diri secara mental, fizikal, dan spiritual?"

Sarra : "Rasanya saya sudah bersiap sedia"

Ibu Dhiya' : "Tanya diri, matangkah pemikiran kita bagi memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu?"

Sarra : "Bagaimana menilainya?"

Ibu Dhiya' : "Nilainya ia dengan melihat cara kita melaksanakan tanggungjawab harian kita sebagai hamba ALLAH, anak, kakak, dan pelajar. Tanya lagi diri, kuatkan fizikal untuk menjaga insan lain?"

Setelah itu seorang rakan Sarra iaitu Diranie pula bertanya..

Diranie : "Ini pula, apa nilainya?"

Ibu Dhiya' : "Nilainya ia dengan melihat cara kita mengurus kesihatan, pemakanan dan kebersihan harian kita di rumah dan d kolej. Seterusnya, tanyalah diri, teguhkah hati kita bagi menghadapi ujian rumah tangga? Nilailah ia dengan melihat cara kita menghadapi masalah harian kita"

Diranie : "Tetapi saya mahu kahwin segera sebab saya mahu jaga iman"

Ibu Dhiya' : "Jaga iman dengan proses didikan tersusun bukannya dengan berkahwin. Iman kita mungkin semakin jauh daripada ALLAH sekiranya berkahwin dalam keadaan tidak bersedia. Perkahwinan akan menjadi medan dilenyek masalah, bukannya melengkapi agama."

Diranie : "Hmm.. nampaknya banyak lagi yang belum siap. Tetapi, saya sangat teringin menjaga hati dan diri saya daripada zina"

Ibu Dhiya' : "Jodoh lambat sampai selalunya kerana kriteria diri kita sendiri yang lambat mempersiapkan diri sebagai produk solehah"

Sarra : "Selain itu, jika kita berusaha mendapatkan jodoh dengan jalan-jalan menghampiri zina seperti SMS, call, dan dating tanpa urusan, ia juga boleh melambatkan jodoh. Betul ataupun tidak?"

Ibu Dhiya' pun mengangguk tanda setuju

Ibu Dhiya' : "Ya. Insan yang tulus berhajatkan kita menjadi tawar kerana melihat kita bermain dengan lelaki lain yang bukan mahram padahal belum tentu dia jodoh kita. Ada juga faktor-faktor lain seperti kurangnyaa berdoa dan putus asa memohon pertolongan ALLAH, dapat melambatkan jodoh"

Sarra : "Patutlah sejak saya kecil ibu saya mengajar saya berdoa, mendapat pasangan dan zuriat sebagai penyejuk mata dan imam bagi orang bertakwa"

Ibu Dhiya' : "Bagus. Apa pun, lambat ataupun cepat, jodoh bukanlah matlamat kita sekalipun ia fitrah. Ia cuma cara bagi mendekatkan diri kepada ALLAH. Sekiranya tiada jodoh sekalipun, anggaplah ia suatu ujian yang tidak akan menjejaskan sedikit pun cinta kita kepada ALLAH"

Pesan Ibu Dhiya' itu sangat-sangat membuka minda saya apabila membacanya.. Moga apa yang disampaikan oleh penulis kepada kita bermanfaat untuk hari mendatang...



4 Comments? ♥ ;):

One-Nie said...

salam kyla! lama gila tak tgk ko update blog! btw, buku ni mcm best lah! aku rasa tertarik plak.. :D berapa ehh harga?

Aqila Borhan said...

wsalam mika! :)

Rindu eh? hehe..
oh ye buku ni sgt2 menarik utk dibaca.. memang nk sarankan suruh membaca.. harganya RM31

bebaloi sgt :)

RySha sHaiRy said...

ermm..rasa nk berblog blk la..tp dh lupa sbb semua lay out dh berubah..cm ne nk tukar lay out kelam ni..hahaha...

Aqila Borhan said...

Chu : berblog la.. kalau rajin. heheh