Sunday, November 8, 2009

Kerana Kawan...


Assalamualaikum..

Selama anda berkawan dengan seseorang adakah anda merasakan kawan anda tu setia kepada anda? bukan hanya dalam perkahwinan je perlu setia tetapi berkawan pun juga begitu...

Pernahkah anda terfikir jika anda tidak mempunyai kawan... bolehkah anda survive tanpa mereka? Okey laa.. forget it pasal tu sebab aku tahu ramai kata tak boleh survive... coz aku pun begitu juga. Kawan tempat kita berkongsi masalah, pendapat dan sebagainya...

Aku pernah beberapa kali terfikir... betulkah aku memilih kawan?

Walaupun ada antara mereka suka mengata, mengejek, sakat dan mengenakan aku.. tapi mengapa aku perlu berbaik dengan mereka? jawapan dia satu je.. dan biarlah mereka bukan kawan baik untuk aku.. tapi aku akan cuba untuk menjadi kawan baik untuk mereka. Sebab aku tahu suatu hari if aku susah aku akan cari mereka dan begitu juga mereka..

Diantara tanda-tanda benar dalam Ukhuwah ialah menerima kritikan teman, menutupi aib teman, dan mengampuni kesalahannya (Imam Syafi'e)


2 Comments? ♥ ;):

ShiLa said...

hurm... mcm kes aku. huhu. =(

Cik Kyla said...

bersabar saja la...