Wednesday, November 25, 2009

Selamat Bercuti dan Salam Aidiladha.

Alhamdulilah, tamat sudah semester 5 ku. Setelah mengharungi perit getir dalam menjawab exam, menyiapkan projek dan sebagainya akhirnya selesai sudah. Selesai semester ni ada tinggal satu lagi semester untuk penentu aku bergraduate. Hohoh ! siapa tak nak grad weh ! apa yang kau belajar selama ni berhasil juga dan begitu juga aku.. aku menharapkan segulung diploma. ahaha! baru diploma belum lagi ijazah... doa2kan la ye sampai ketahap tu..

Usai paper Exam terakhir semalam.. lega teramat. Selama aku belajar 6 bulan untuk semester ni Insya Allah aku implementkan untuk hari akan datang. Doakan result aku terbaik untuk semester ni.

Malang nasib ini bila di tinggalkan oleh keluarga apabila mereka pergi bercuti di Bandung, Indonesia. Aku di tinggalkan kerana sedang 'bertarung' dalam Exam. Ahaaa. Tiket dah beli kot... tapi burn macam tu je.. Tak apa laa mungkin ini bukan rezeki aku.. (hati ikhals ke tak ni?) ermm..

Sewaktu perjalanan pulang ke Shah Alam macam2 gelagat manusia aku melihat. Dari segi pakaian, perlakuan dan sebagainya. Ermm.. di dalam Tren menuju ke Shah Alam. Ada sedikit lawak yang di buat oleh pemberi infomasi mengenai tempat destinasi. Tren ni menuju ke Setia Jaya orang tu tersalah cakap tempat destinasi "Seri setia.. Alamak !! sorry... Setia Jaya.. Setia Jaya" Satu gerabak tergelak.

So sampai je rumah tiada seorang pun menyambut aku. Huhu... sedih! Buka je pintu rumah, Telefon rumah berbunyi! dalam hati aku siapa pulak orang telefon maghrib2 ni? rupa2nya dari orang tersayang ! hehee.. yer la orang jauh kut.. bukan senang nak contact... tapi you all nak tahu siapa? my Abang yang berada di Mesir. Btw, Thanx Abg Mir.. ade jugak orang sambut kyla balik. Ahaaa!

Aku menunggu Familyku pulang dari Bandung... Malam ni! aku sure! malam ni dorang balik!! tak sabarnye.. mesti ada ole2 aku dari sana... hehehe!


Ohh ya.. Sempena Hari raya haji ni aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sahabat2 ku yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Kepada pembaca setia ku terima kasih kerana setia kepada blog ku. Kalau you all dah baca blog sila la tinggalkan comment ke.. Insya Allah aku balas dan jangan lupa tinggalkan URL you all tu. Nanti boleh la aku berkunjung ke blog korang pula. Tak nak la yang ada Anonymous tu. Ke you All memang tak de blog? hehe. tak apa la... thanx la coz sudi masuk blog ku yang tak seberapa ni. Sayang You All ~ Muahh!

P/s : Laparnya... rindu dengan masakan Mama!


2 Comments? ♥ ;):

Anonymous said...

ohh selamat hari raya.... maaf zahir batin... hehehe..

Aqila Borhan said...

slmt hr rye sufi =)