Friday, December 11, 2009

Train.

Zaman dah berubah dunia dah maju, kemudahan sekarang banyak disediakan terutama sekali bagi masyarakat di negara kita. Kita perlu bersyukur dengan apa yang telah disediakan dan seharusnya kita perlu bijak menggunakan dengan baik. Lagi2 Kemudahan pengangkutan awam seperti Bas, Teksi dan Train kerap kali digunakan bagi masyarakat yang ingin ke tempat kerja, belajar dan sebagainya. Kemudahan ini memang mudah didapati dimana saja asalkan kita tiba di destinasi dengan selamat.

Pada 10hb, aku ada temu janji dengan housemate di Times Square. Cara terbaik dan cepat untuk sampai kesana adalah dengan menaiki train yang berdekatan. Kira2 15minit train sampai aku perhatikan segerombolan manusia menunggu train di belakang garisan kuning. Faham sangat sikap manusia yang tak sabar ingin masuk ke dalam train. Ini adalah kerana mereka ingin mendapatkan sit kosong.

Sampai station Subang baru aku dapat sit. Itu pun gara2 seorang budak lelaki mempelawa aku suruh duduk kalau tidak aku berdiri la sampai station Bank Negara. Dalam perjalanan menunju ke destinasi, aku di tegur oleh seorang amoi yang cun.

Amoi : "Hye, You duduk mana? Shah Alam hah?"

Aku rasa dia dah perhatikan aku dari start aku masuk train.

Aku : "Hye, yep.. so you ?"
Amoi : "Shah Alam mana? Section 19? I pun.. I stay dekat dengan sekolah"
Aku : "Ohhh... I see.. That is my ex school.."

Blaa... blaa... blaa..

Di situ la perkenalan aku dengan seorang Amoi yang bernama 'Poly'. Kalau korang nak tahu perkenalan aku dengan dia tu rupa2nya ada udang di sebalik batu. Dia ceritakanlah masalah dia kat aku pada hari tu. Firstly masalah dia datang lewat ke kerja pada hari tu. Secondly, Boss dia nak datang hari tu. Thirdly, dia datang kerja memakai sandle. So semua perkara ni dia dah langgar peraturan kerja. Dia kata tak expect Boss dia nak datang laa.. itu la.. ini la. That is your problem. Dan part yang aku agak sedikit terkilan pada hari tu dia boleh pula nak pinjam kasut aku. Aku tahu la kasut aku lawa. Aku pun tak hingin nak bagi pinjam sebab apa ? pertamanya aku tahu kasut tu memang tak muat bagi dia. Aku size 6 kot. Dia size 3/4. Then boleh lagi nak try my shoes. Ohh God !! so dengan muka tebalnya aku memberi sebelah kasut ku untuk dia try. Akhirnya persoalan aku terjawab bermakna tekaanku betul. Huhu.. Sampai station KL sentral, Lega yang teramat apabila dia turun kat station tu. Hahaha ! Berani betul dia tu.. dah la tak kenal.. aku pun tak expect benda ni terjadi pada hari tu. Then, aku pun tak nak la tanggung kesalahan dia. You punya pasal you tanggung la sendiri. Hehe.

Next cerita pasal dalam train lg, Dalam perjalanan ke Pandan Jaya housemate aku buat havoc dalam train. Train tu dh penuh so kami pun sumbatkan diri kami ke dalam train dengan cara macam mana sekali pun. Agaknya boleh melekat badan dekat pintu train tu. huhu, Si T ni tiba2 bersuara. "weh Kyla kau kentut eh?" gila apa aku nak buat perkara tak senonoh tu. lepas tu si A pula bersuara "patut la dia berdiri mengadap pintu, rupanya ini keja dia" Perghh !! agak kurang di ajar la kan. aku tak buat pun perkara tu. Boleh pulak mereka buka cerita. Lalu aku bersuara "Ape yang korang merepek ni? please la jgn buat malu kat dlm train. Siot la korang" sampai je destinasi aku terus meninggalkan mereka dibelakang. Tiba2 aku ketawa sendiri.. dalam hati berkata 'mungkin balasan aku selalu kenakan orang' hahah!

P/s : Moral of the story : buat baik berpada2 buat jahat jangan selalu. :D


8 Comments? ♥ ;):

ms whatever said...

Uma kita neh,wat baik ke jht ke,konfim kne. No kompromi.haha

Aqila Borhan said...

hahaa, itu semestinya. kena balik pd batang idong sndiri. :P

One-Nie said...

wahaha...

bese le bdk2 A-1-6 memang kuat membahan!

yg pasal ahmoy tu aku agak die tgh saving duet die tkt disebbabkn kesalahan die buat tu boss die terminate die! haha! gler tol.

Aqila Borhan said...

mika, bdk2 ni mmg nk cr nahas ngn aku ari tu. bru bpe hr x jmpe dh wat perangai. ahaha.

tau xpe. muke die cuak kot ari tu, tkut kena terminate. weh die keje kat MV kot. time kite nk hangout tu mu g sne. agak2 tserempak kot :P

One-Nie said...

hahaha! bese amoy ni.. nk kne sebat punggung die tu! haha!
mu patot pinjamkan kasut mu kat die time tuh. nnti aku g sne aku kenal kasut mu, so aku leh tgk arr ahmoy tuh!
wakakaka!!! :D

Aqila Borhan said...

ahaha ! pk la skit. sendle die bkn muat kat kaki aku la . tp aku xde la try sendle die. die tu tak tau malu ade hati nk pnjam kasut org. Lagi pun kan.. semua salah dia. sapa suruh dtg lmbt ! ngee !

Eyka Hamasuba said...

fuyoo, peramah sungguh amoi tu. semak je. hahahahahaha. eh kalau kwn eyka ckp eyka kentut dalam tu kan eyka cakap la balik kt die,
'eh, bukan awak ke yang kentut?"
hahahahhaa

Aqila Borhan said...

heheh, tak terpikir pun nak ckp cm tu kat dorg. xpe la mmg dorg nk kenakan akak pun time tu. :P