Thursday, March 25, 2010

Makanan halal pelihara hati, bentuk peribadi mulia.


Terima kasih Cik Lisa kerana mengepost topik ini. So saya ingin menghuraikan lagi mengenai keraguan makanan halal. Penggunaan tanda `Halal' merupakan petunjuk keseluruhan hasil keluaran premis pembuatan, penyediaan dan penjualan adalah halal untuk orang Islam. Terdapat juga pengeluar produk makanan yang mengeluarkan logo halal mereka sendiri, tidak kurang juga restoran-restoran yang mempamerkan perkataan seperti Bismillah menandakan makanan yang mereka jual adalah halal.

Ramai kalangan kita yang suka memilih makanan kegemaran mengikut kemampuan, keinginan dan selera masing-masing. Ada hanya melihat kelazatan dan khasiat yang akan diperoleh tanpa meneliti sejauh mana ia sesuai untuk dimakan, terutama dari segi kebersihan dan kehalalannya menurut syariat agama.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan aspek kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam begitu menitikberatkan soal kesihatan umatnya. Seseorang insan mukmin yang sentiasa prihatin soal kebersihan dan kesucian makanan setiap hari, maka pasti akan lahir nur keimanan dalam dirinya untuk turut sama menjaga kebersihan diri secara keseluruhannya termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan dan sebagainya.

Dalam ibadat asas iaitu solat, aspek terpenting ditekankan ialah perihal kebersihan diri. Allah SWT tidak akan menerima solat hambanya yang beribadat dalam keadaan kotor dan hina.

Ia sesuai dengan maksud hadis Rasulullah: “Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Firman Allah yang bermaksud: “Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah al-Nahl, ayat 114-115)

Makanan yang haram, sama ada ia daripada bahan yang dicampur najis dan benda syubhah atau daripada punca yang tidak halal dan syubhah, maka pasti akan datang tiga bahaya besar kepada si pemakannya.

  • Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa seseorang sehingga dia berasa lebih gemar melakukan kejahatan dan maksiat serta bencikan kerja kebajikan atau ketaatan.
  • Kedua, sebarang doanya tidak akan dimakbulkan Allah
  • Ketiga, ia akan menyebabkan dia mendapat keseksaan neraka Allah di hari akhirat kelak.
Sejauh mana kesahihan mengenai maknan halal yang hanya menggunakan sijil halal swasta "South East Asia & Asia Region". Mengenai soal ini Jakim telah mengatakan bahawa pihaknya tidak pernah mengesahkan kesahihan halal dari syarikat yang berlogo halal selain dari pihak JAKIM dan sijil dari Jabatan Agama Islam Negeri.

Renung-renungkahlah....

*di sah Halal oleh JAKIM

* Logo Halal Malaysia

Picture bawah ni ketika saya dan Cik Lisa ke suatu tempat di KL untuk mendapat kesahihan logo halal Malaysia.

*Logo South East Asia & Asia Region

*Logo 'Makanan Halal'

P/s : Use camera Hp je..


8 Comments? ♥ ;):

eMiNz said...

tu la..
kite seharusnya kne pandai jugak pilih makanan ni..jgn maen bedal je..huhu

cz kita adalah apa yang kita makan..^_~

p/s: thanx cik Kyla for da post..! =)

Aqila Borhan said...

En Emin : tepat sekali! lepas ni jg permakanan anda. pastikn ianya Halal. kaji juga cara pembuatan tu, jgn bedal je ^^

lagi satu mknan di 'food court' tak semuanya Halal. hati2 ye. kalau ragu2 elakkan. :)

Sama2.. Sharing is caring

taqO said...

Salam.
OOyeah..betik tu.
dalam bentuk yg paling mudah.
JIKA kita berasa WAS2..maka..
jgn la makan..rite?
Skian.. smile :)

Aqila Borhan said...

En Ewa : ye btul tu ! was2 jgn mkn. :)

Rizzuan Shah said...

kadang² saya pun takut nak makan walaupun ada logo halal. cz ada syarikat yang dah ditarik sijil halal, masih lagi mempamirkan logo halal diluar kedai. pastu ada plak kedai yang jual makanan yang halal bersama makanan yang tak halal, tetapi diasingkan tempat letak makanan tu sebelah2. yang tu pun bleh dapat sijil halal. contohnya SUBWAY. ish3.. musykil²..

http://wanshah87.blogspot.com

Aqila Borhan said...

sedangkan ada orang yg mengaku Islam bkerja di restoran ada tanda halal pun tak boleh mengucap. -.-"

Rizzuan Shah said...

pemakanan yang baik menjamin keperibadian dan sahsiah diri yang tinggi. cewah.. cam ayat profesor plak. pekabo cik keyla. :-) lama tak datang ke blog ni.

http://wanshah87.blogspot.com

Nini Hartini said...

Alhamdulillah...seronok jumpa blogger yg sama2 mementingkan aspek halal-haram ni...

saya sendiri sgt cerewet memilih makanan. kalau ke kedai2 makanan cth kedai kek, food court, saya akn minta sijil halal dulu.

yg sah2 islam pun tekak saya akan loya kalau tgk pengusaha/pekerjanya pakai rantai, selekeh, merokok, x menutup aurat. so, sy sgt cerewet bab makan. huhu...