Wednesday, May 26, 2010

Siapa Uzumaki Naruto?


Assalamualaikum wbt


Naruto nama yang tidak asing lagi bagi golongan kanak-kanak mahupun peringkat remaja yang memang meminati anime Naruto ini. Pengaruhnya agak luar besar sampaikan sanggup menghabiskan wang ringgit untuk membeli aksesori mahupun komik Naruto ini. Jadi mari kita tinjau kesan psikologi mengenai Naruto ini.

Apa yang saya kira menjadi sumber tarikan dalam cerita ‘Naruto’ adalah perwatakan watak Heronya iaitu Naruto. Wataknya dibina dengan memiliki sifat-sifat sebilangan besar remaja dan kanak-kanak. Watak biasa-biasa. Ada yang pernah kena buli, ada yang iri hati pada kehebatan orang lain, ada yang rasa diri tersisih dan macam-macam lagi yang kadang-kadang membuatkan kita berfikir, ‘aku bukanlah hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan si dia’.

Dari sudut itu, manga Jepun menyuntik jarum halus dengan mereka watak-watak hero manga Jepun sama seperti mempunyai sifat yang sama dengan kita. Ada yang merasa diri tersisih, ada yang kena buli dan ada yang cemburu dengan kehebatan orang lain. Ketidaksempurnaan inilah yang menjadikan watak-watak dalam cerita itu kelihatan realistik. Seakan wujud dalam diri pembacanya.

Orang kata kalau mahu menulis novel, jangan jadikan watak heronya serba sempurna. Nanti tak melekat pada hati pembacanya. Mungkin ada sesetengah daripada mereka berkata, “Ah! Mana ada manusia sempurna macam ini.”

Tetapi kalau sekadar menjadikan watak hero itu tidak sempurna sampai habis penamat cerita pun tidak menarik juga. Oleh kerana itu, ada penambahan ciri penting pada setiap watak hero iaitu tidak mudah putus asa dan ada impian yang tinggi.

Lihat sahaja pada Naruto, daripada awal sewaktu dia masih terkedek-kedek dalam Akademi Ninja lagi dia sudah bercita-cita mahu jadi Hokage. Begitu juga halnya dengan sifat semula jadi manusia, ada impian untuk menjadi hebat atau sekurang-kurangnya tidaklah dihina orang.

Bila saya fikir kembali, sebenarnya watak-watak hero dalam manga ini bukanlah seorang yang berani. Ada juga sifat penakut dalam diri mereka. Cuma apabila mereka inginkan sesuatu, tidak kira apa jua halangan mereka berani untuk menghadapinya. Mungkin ini yang menjadi ikutan adik saya.

Naruto juga amat menghargai hubungan sesama makhluk dan mementingkan nilai persahabatan dan setiakawan. Ini boleh dilihat selepas Sasuke yang merupakan comrade(teman sepasukan) Naruto pergi mengikut Orochimaru, Naruto tetap berusaha mencari Sasuke untuk menyelamatkannya.

“Dia adalah kawan saya!” Ayat yang selalu keluar daripada mulut Naruto.

Nilai persahabatan dan setiakawan ini juga yang turut dirasai pembaca sendiri. Kita tidak boleh hidup seorang diri dalam dunia ini. Perlu ada orang yang turut membantu dan saling melengkapi. Andaikan kalau ada rakan yang tidak menghargai persahabatan, sudah tentu kita sedikit meradang. Betul tak?

Ha, kan sama macam Naruto.

---------------------------------------------------------

Mungkin ada tertanya-tanya jawapan Entri lepas mengenai jantina kucing itu.

Jawapanya : Betina!

Tahniah kepada yang menjawab betul tu kepada yang salah teka tu jangan sedih cuba lagi. Dengan ini saya menganugerahkan award kepada anda. Sila ambil yer. Hehehe !




8 Comments? ♥ ;):

El-Zaffril said...

Saya suka cite naruto... hahahhahah... best bangat... kamu pun suka ya

shiaa said...

ceh..!!
ingtkn jantan
;p

Aqila Borhan said...

En. El-Zaffril : hehe. suke :)

Cik Hawa : ekeke. salah ;p

.Cik Nana. said...

naruto?wah.xtengok..he3..minat shinchan :P

Sufi Asri said...

aku adalah hard die fan naruto sejak awal lagi naruto keluar.. malah sebelom naruto ditayangkan di siaran malaysia lagi.

bagi aku, naruto sebuah anime yg begitu mendalam maksudnya. begitu hebatnya impak dalam dunia sebenar. sebuah anime yg menaikkan semangat seseorang. Bagi aku, pada suatu ketika dahulu, aku adalah seorang loser yang sentiasa dibuli, naruto merupakan idola aku. pembakar semangat aku untuk berjaya.

tapi selepas kemunculan gaara, seorang watak yang seperti naruto.. yg keseorangan dan tiada kawan (masa tue aku pon macam tue), aku menangis sbb sedih. tak sangka ada jugak watak anime macam aku. terasa macam aku adalah gaara dalam kehidupan sebenar. hehe..

seiring dgn gaara, aku akhirnya dapat jugak nakama (comrade ) dalam hidup.. dan semangat gaara, aku mulakan hidup baru..

kalo nak diikutkan kisah naruto, dah x larat nak ikut sebb perubahan umur mempengaruhi hidup.. naruto bukan lagi idola hidup aku n begitu jugak gaara.

apa yg aku nak cakpkan adalah, anime mmg banyak membawa kesan dalam hidup aku. seorang geek atau skema yg keseorangan. =P

eh.! dah macam entri pulak komen nie.. sori tuan rumah.. hihihi...

i love Gaara of the sand. tapi skg zoro idola aku. hik3..

Aqila Borhan said...

Cik Nana : Hehe, sekali skala layan Naruto :D

En. Zoro : Panjang berjela tulis. hehe.. btw, sy pandang anime ni dr segi positive.. yang penting kita perlu lihat sudut positif yang cuba disampaikan dalam sesebuah anime seperti sifat bersungguh2, tak mudah putus asa, persahabatan dan sebagainya ini semua boleh membentuk sahsiah diri.. ^^

Sufi Asri said...

hehe.. sori komen panjang dari entri.. =P

juz nak gtau sifat positif dalam naruto adalah pemberi semangat. buktinya ia dah pernah beri semangat untuk zoro satu ketika dahulu.. =)

Aqila Borhan said...

En Zoro : hehe, tak mengapa. sy fhm perasaan anda =D