Friday, June 11, 2010

I'm Back! (Good and Bad News)


Assalamualikum wbt.

Alhamdulilah, Saya kini sudah selamat berada di rumah iaitu Shah Alam. Ada berita baik dan buruk sepanjang saya berada di kampung. Saya mulakan dengan buruk dulu. Pada hari selasa baru-baru ini saya mendapat berita daripada rakan serumah berkaitan salah sorang rakan serumah kami yang bapanya yang telah kembali kerahmatullah Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Kali terakhir saya berjumpa dengan Arwah ketika hari pertama pendaftaran kolej. Pada hari itu saya memang memerlukan pertolongan daripada keluarga arwah mengenai kemasukan saya ke hostel. Arwah la yang sanggup menghantar saya dan mengangkut barang-barang saya ke hostel. Terima kasih buat Arwah. Mari kita sedekahkan Al-Ftihah buat arwah. -Al- fatihah-

Kemudian, mengenai business Mama saya. Selama ini ada orang yang dengki dan sanggup 'bomoh'kan kedai Mama saya. Ini amat, amat, amat la tidak sedap didengari. Saya sampai takut nak datang ke kedai Mama kerana buatan orang ini. Sanggup 'dia' buat kedai Mama saya macam begitu sekali. Bukan apa.. kesian kat Mama yang selama ini sudah membanting tulang untuk business dia. Ada pulak 'makhluk' ini yang buat customer tidak ramai datang. Mungkin awak selamat di dunia, Akhirat nanti... awak tidak akan selamat...

Berita baik, saya baru menerima message dari rakan sekolej mengenai result periksa. Alhamdulilah! result amat membanggakan saya. Final projek saya dapat A. Syukur Alhamdulilah.. Entri-entri sebelum ini saya banyak menulis mengenai final projek. Apa yang saya usahakan bersama partner (one-nie) berhasil! :D Hehe. gembira teramat! :) Terima kasih kepada supervisor (madam Siti Nazuha) yang selama ini banyak membantu dari segi comment dan nasihat. ^^




10 Comments? ♥ ;):

El-Zaffril said...

Kyla... ibu saya pun pernah kene dengki juga... benci... setakat jual kuih tepi jalan kat kampung pun kene dengki... sabar erk... insyaAllah... Allah akan sentiasa mendampingi orang yang sabar

Ape pun... tahniah untuk project tahun akhir anda

Cik Kyla said...

El Zaffril : itu la, itu pun nak dengki ke? mcm2 laa.. kite tak kacau pun hidup dia smpai begitu dengki dia buat kat kita.. sy bersyukur dpt mak yg sabar. ^^

btw, terima kasih! :)

MiEy said...

ada lagi good news la.. lupa la tu..org nk dtg merisik kak mira..hehe.. x lama lg awk dpt ler abg ipar..huhu

and one more good news... abg amir bakal pulang ke tanah air..bercuti dan beraya bersama-sama kita..

Anonymous said...

mama awak business kedai makan erk...baguslah.....x yah duk kisah sgt dgn org2 yg berhati busuk itu, insyallah ada rahmat disebalik semua yg berlaku...

Roronoa Zoro said...

salam.. wah.. lama x dengar berita.. sori baru2 nie bz skit.. hhehe..

hmm.. berniaga kedai apa? hm.. manusia mmg begitu.. dengki je keje nye.. kedai mak saya pon kena juga bulan lepas. walhal jual air dgn buah2 jer.. hmm.. berdoalah moga2 dia sedar.. huuhuu..

anyway, tahniah atas kejayaan dalam final project.. =)

Cik Kyla said...

Miey : hehe, tau dh :D

Anonymous : yep.. doakn la kembali sedia kala.

En Zoro : restoran. biasa la tu ade je nak dengki. haihh!

btw tq :D

tot tot kecik said...

salam..

perkara2 spt itu sering berlaku lagi di zmn moden ni..??hurmm..

pape pn tahniah dgn final projek..

Cik Kyla said...

Cik Tot : boleh jd. ^^

Ok tqvm! :)

Saya, RUZANA said...

Salam Kenal Dari Saya, RUZANA

Hurm...Manusia Zaman Skarang

Kena Brhati2 Slalu

Rambut Sama Hitam, Hati Laen2

Cik Kyla said...

ruzana : yep.. ^^