Friday, July 30, 2010

Not regular customer.

Assalamualaikum wbt.

Advance entry,

Baru-baru ini saya dan room-mate keluar makan bersama. Tah mengapa salah seorang room-mate kami mahu rasa masakan kampung seperti sayur kangkung masak belacan. Ingin menunaikan permintaannya kami ke suatu kedai berhampiran dengan rumah sewa kami untuk makan malam. Makan malam hari itu tidak memuaskan mereka. Jadi mereka plan hendak order burger berhampiran rumah sewa. Kebetulan ada salah seorang housemate message untuk oder bungkus.

"Bang, Burger Daging special cheese satu!"

Sedang menanti order, Abang burger itu pun bersuara..

"Dik, Telur dah habis la.. kalau cheese saja boleh tak?"

"Telur tak de? Ok jap saya call kawan saya.."

----- Calling Kerd -----

"Hello, Salam Kerd! telur takde! cheese saje boleh tak?"

"Telur takde!? Tak kisah ah.."

"Betul ni? ok. ok!" Talian dimatikan

"Bang! dia kata takpe"

"Ok takpe Abg ni pergi beli telur.."

"Eh bang takpe la.." begitu gigih saya membantah tetapi Abg tu tetap ingin pergi membeli telur.

Salah seorang kawan kami pun duk pikir kotoq pada hari tu. diaa kataaaa...... hehe (18sx) Pikir la sendiri. ^^

Sedang menanti burger siap, ada salah seorang pelanggan datang untuk mengorder. Aku just duduk perhatikan pelanggan itu. Aku dengar perbualan pelanggan itu dengan Abg menjual burger. Perbualan dia seperti ini :

Pelanggan : "Roti John satu"

Abg Burger : "Dah habis la Bang"

Pelanggan : "Habis dah? ramai ke hari ni customer?"

Abg Burger : "Boleh tahan la... Burger Daging ada.. Nak tak?"

Lama betul pelanggan itu duk memikirkan..

Pelanggan : "Ok la..burger daging la"

Beberapa minit kemudian..

Pelanggan : "Apa beza burger kat sini dengan kat sana?"

Abg Burger : "Burger kat sana??" dengan muka pelik

Pelanggan : "Kat sana tu ade jual burger. Tak tau ke? Kenal tak Abg yang jual kat sana tu?"

Abg Burger : "Tak kenal la Bang, Ha! Adik ni kenal" dia tunjuk ke arah saya.

Pelanggan : "Kenal eh? yang kepala botak tu? tau apa beza tak?"

Saya : "Ohh yang kat sana tu? alaa biasa la, Orang dah lama berniaga.. Sini kan baru je nak naik. Orang berniaga ni kan kena banyak bersabar" Kenapa la terdetik hati saya untuk berkata seperti itu.

Abg Burger : "Betul tu dik"

Pelanggan : "Dah tua kan dia? dia tu budget muda"

Saya : "Ye ke? selalu kami panggil pakcik kat dia.."

Perbualan kami terhenti disitu kerana burger yang saya order sudah siap.

Abg Burger : "Adik amek apa kat kolej?"

Saya : "Business..... Ermm, Business Information Technology with Accounting"

Abg Burger : "Oh patut la... Okey terima kasih ye.."

Saya : "Ok! sama-sama" Buat kening double jerk. Ekekee.. ;)

P/s : Ape motif pelanggan tu?


0 Comments? ♥ ;):