Sunday, November 7, 2010

Eratkan Silaturahim sesama kita.

Assalamualaikum wbt.


Sahabat yang baik akan cuba untuk menerima diri sahabatnya dengan seadanya. Sahabat yang baik akan cuba untuk menyukai apa yang sahabatnya suka selagi tidak salah di sisi Islam. Sahabat yang baik akan selalu tersenyum apabila menemui sahabatnya. Sahabat yang baik akan sentiasa menjaga hati sahabatnya. Sahabat yang baik akan sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan, kerana bersangka baik kepada sahabat itu adalah tingkat yang paling rendah dalam hubungan persahabatan dan tingkat yang paling tinggi adalah melebihkan sahabatnya dalam apa jua keadaan. Dan sahabat yang sangat baik adalah sahabat yang tidak melupakan sahabatnya di dalam doanya kepada Rabbul ‘Izzati. Sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya di dunia dan akhirat.


2 Comments? ♥ ;):

shameel Iskandar said...

Sabda Nabi s.a.w “ Bandingan teman berbual yang baik dan buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi. Adapun pembawa kasturi , sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mesej yang ingin disampaikan oleh Nabi s.a.w menerusi hadis Sahih ini amatlah mudah untuk difahami, iaitu , kita hendaklah memilih teman( termasuklah TEMAN TAPI MESRA dan TEMAN UNTUK BERMESRA)dalam kalangan orang yang baik. Ini kerana kesan kebaikan itu akan menjalar kepada kita. Dengan bahasa yang mudah, tempias kebaikan orang itu akan terkena kepada kita. Atau dengan bahasa yang paling mudah, kita turut menjadi baik lantaran pengaruh kebaikan teman kita itu.

p/s= balik bachok ke raya haji ni

Aqila Borhan said...

Terima kasih :)

P/s : x balik.. kakak nak kawin 21hb ni. :) buat kt sini.