Saturday, December 18, 2010

Internship Part 1 - Teguran GM


Assalamualaikum wbt,


Alhamdulilah, hampir dua bulan saya praktikal di Bahagian Sales Operation TM SME, di Menara TM. Seminggu lagi saya akan tamatkn praktikal saya. Ramai staff tidak menyangka akan berita itu. Yep! Setiap pertemuan akan ada perpisahan. InsyaAllah... ianya tidak akan berpisah sampai disitu sahaja. Ukhuwah tetap akan terjalin. Sekarangkan dunia di hujung jari. Tekan saja dah dapat. Mudah-mudahan still keep in touch.

----------------------------------------------------------------

Mengenai pengalaman pertama kali bekerja di syarikat koprat seperti TM ni. Saya amat kagum dengan environment disana. Struktur bangunan yang unik dengan penuh teknologi terbaru. Kagum sungguh dengan ciptaan manusia di abad ini.

1st Day practical

Masih teringat detik pertama kali melapor diri di syarikat itu. Orang pertama saya tegur rupanya adalah supervisor saya En. Fazli. Di syarikat itu saya ada 5 Boss iaitu 1 GM (En. Azman), 1 Assistant GM (En. Wan Iskandar), 3 Manager (En. Fazli, En. Fendi, & En. Shahril). Saya panggil mereka semua 'BOSS'. Mengapa mereka semua lelaki? Haha! itu menjadi persoalan.. Saya dibawah jagaan mereka. Setiap laporan mesti berjumpa mereka kecuali GM. ;)

Teguran dari GM (General Manager)

Dah dekat 3 minggu praktikal disana. Teguran pertama seorang GM itu adalah perkara luar biasa. Saya tidak mengenali langsung rupa GM bahagian Sales Operation ketika itu. 1st time dia tegur.

"Eh you baru habis meeting ye?" Teguran pertama kali GM

Saya diam.

"You dari MDEC kan?"

dalam hati saya berkata Ya Allah! begitu bekerjayanya aku! HAHA! lalu saya pun bersuara

"Eh bukanlah.. Saya hanya student praktikal dkt sini" dengan lagak bersahaja

GM tu pun terkejut dan berkata "Ya Allah! I tak tahu langsung ada student praktikal dkt tempat I. Ok.. Tak apa.. I ingat tadi dari company MDEC. It's Ok.."

Muahahaa! gilerh! esoknya baru saya tahu dia adalah GM. Memang jarang la berjumpa dengan dia dan lagi satu berita hangat lagi sensasi.. Saya dapat berita dari Mama, Abang dan Kakak saya yang GM tu rupanya baru je datang rumah saya.. Hah!? datang rumah! (glup!) Kenapa? mengapa?! Saya ada buat salah ke? Jahat sangat ke saya di sana?

Agaknya kenapa ya? so tunggu...

Bersambung di part 2....


5 Comments? ♥ ;):

*~Miss Lisa~* said...

kte tau knp die dtg umah..rupa2 nya ayah kyla knal die kn?hihihi.. :D

Anonymous said...

boleh saya bertanya?

awk study di kptm kan?

untuk transfer subjek mesti dapat sekurang-kurangnya gred ape eh?
untuk ambil degree..

t.kasih

Cik Kyla said...

Lisa : hehehee.. :D eh mne tau ni?

Anonymous : yep. ok.. sblm tu dlm bidang apa awk nk continue?

Nak tulis pjg pula kan. Better awk tgk website kolej. www.kptm.edu.my

utk course degree yg ditawarkan di kptm :

1. BSc (Hons) Computer Science
2. Bachelor of Science (Hons) Business Information Technology with International Business
3. Bachelor of Science (Hons) Business Information Technology with Accounting

Boleh la lawati web ni juga.

http://csit.kptm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=24&Itemid=46

djemari said...

nice blog

Cik Kyla said...

thanks djemari :)