Sunday, January 30, 2011

Bukan mudah untuk BERTERUS TERANG


Assalamualaikum wbt bloggers,

Saya memang susah untuk terus terang lagi-lagi kalau ia melibatkan perasaan seseorang. Lagipun mungkin waktu untuk kita berterus terang itu kurang tepat. Tetapi ada caranya kalau kita pandai untuk mengatur langkah dengan sifat terbuka ini. Kadang-kadang sifat ingin menjaga hati seseorang itu ada tapi sampai bila nak pendamkan? lebih baik berterus terang sahaja.

Bagi mengelakkan persefahaman, pertindihan pendapat, cemburu, prasangka tidak elok dengan seseorang.. sikap berterus terang inilah dapat mengatasi permasalahan yang ada. Komunikasi yang jelas, jujur dan terus terang inilah memain peranan untuk mengeratkan lagi hubungan iaitu PERSAHABATAN.

Lagi satu, kalau perkara itu penting atau melibatkan perasaan kamu dan teman kamu.. carilah masa yang sesuai untuk kamu dan dia berbicara. Pastikan masing-masing sudah bersedia apabila mahu meluahkan lagi-lagi perkara yang teman kamu mungkin tidak suka. Kalau tak penting baik tak perlu berterus terang nanti lagi memburukkan keadaan atau teman kamu itu akan menjauhkan diri dari kamu.

Story saya :


Saya pernah berterus terang kepada seorang teman. Waktu itu saya ada terkilan sesuatu kepada dia. Tetapi saya cuba cari juga waktu untuk saya berterus terang kepadanya.. dan saya rasa waktu itulah paling sesuai untuk saya berterus terang kepada dia.

Apabila sudah berterus terang dia pun memohon maaf kepada saya. Suatu hari, dia cuba menghindarkan diri dari saya. Ye! saya perasan akan hal itu. Saya cuba untuk mendekati dia.

Dalam hati saya berkata :

"Aku ada buat salah ke?"

Hmm.. mungkin saya salah.. Saya cuba untuk meminta maaf kepada dia.

Meminta maaf itu perlu.. Sebelum kamu nak berterus terang hendaklah meminta maaf sekiranya kata-kata yang kamu ingin luahkan itu ada sedikit menyakitkan hatinya. (peringatan untuk saya juga)

Alhamdulilah... hubungan persahabatan kami semakin rapat. Dan mungkin selepas ini sifat terbuka untuk berterus terang akan berterusan. InsyaAllah..



4 Comments? ♥ ;):

One-Nie said...

hati sendiri dan hati kawan.
dua2 kena jaga baik2...
kan kyla?
:)

Cik Kyla said...

@One-Nie : btul tuh.. sama2 menjaga hati ye. :)

syafiQakarim said...

yup.bukan senang nak terus terang.
kdg jd serba salah.
tp lagi pendam lagi salah.
kena pandai jaga hati msg2 bila
berkawan.dan jaga tutur kata.
kan.jgn ego tuk kata maaf.

Cik Kyla said...

@Syafiqakarim : Ego tu cuba elakkan klu tak berlaku pgaduhan antara kwn2. jd lah sifat pemaaf. :)