Saturday, January 29, 2011

Saya lagi suka bersahabat daripada menjadi kekasih hati seseorang.


Assalamualaikum wbt bloggers,

Title bukan main panjang lagi. Tapi agak mendalam.. Jom baca entri kali ini. Actually dah lama nak post. Tapi tak teringat.. hehe. :)

Hidup rasa cinta pasti diselubungi rasa sunyi. Setiap daripada kita sentiasa ingin dikasihi dan mengasihani. Cuma mungkin masanya belum tiba untuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap cinta. Mungkin hanya selesa dengan sebuah hubungan 'persahabatan'. Namun, setiap daripada kita mesti punyai 'teman tapi mesra' Betul tak?

Saya ada terbaca tips dalam satu majalah.. dalam majalah itu kata tips ini akan mengeratkan lagi persahabatan antara kamu dan dia. Itu pun kalau kita bijak menguasai persahabatan tersebut agar tidak ada pihak yang terluka. :)

> Mengatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menggangap dia adalah sahabat dunia akhirat.

- tips ni saya belum pernah cuba lagi. Tapi kalau dia meluahkan hasrat itu saya cuba untuk pertahankan dulu.. Mungkin belum masanya untuk bercinta.

> Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya.

- Macam kejam sangat tak peduli dengan kehadirannya tu. Setakat ini selesa lagi untuk kami bersahabat. :)

> Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang kamu dan rakan-rakan lain selalu berkumpul.

- Erk! mengelak ye? nanti mesti dia lagi tanya kenapa cuba mengelak kan? Tapi syukurlah.. saya bukan pernah berjumpa sangat dengan dia. Ehem! :p

> Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

- Yep! betul sangat-sangat. ^^

> Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

- Yer.. saya harap awak faham. :)

> Bertegas dengan pendirian kamu sekiranya kamu betul-betul tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya "KAU MASIH SAHABATKU"

- Itu yang pernah saya lakukan.. Ikut kata hati.. :)

Akhir kata, saya lagi suka bersahabat daripada menjadi kekasih hati seseorang. Nak jadi kekasih hati saya? Jadi suami saya dulu. Wahaha~ :D


0 Comments? ♥ ;):