Thursday, January 27, 2011

Mana nak siap assignment kalau fikiran pada makanan..


Assalamualaikum wbt bloggers,

Sihat? kalau sihat Alhamdulilah...

Oh ya.. semester ini agak kesibukkan dengan menyiapkan project dan assignment. Saya harap anda semua faham. Kepada pembaca setia blog saya... Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Jasamu dikenang selalu. :)

Setiap hari saya akan menghabiskan masa di kolej bersama teman untuk menyiapkan project yang diberi. Kalau kelas habis awal, kami akan stay sampai petang untuk prosess perbincangan dalam penyiapan project yang diberi.

Di kolej, Lecturer room adalah tempat strategik untuk kami menyiapkan project atau assignment. Kalau tidak faham berkenaan project.. bilik lecturer berhampiran sahaja. Itu yang pasti! huhu. Lagi satu, kalau lapar kami akan membeli makanan berhampiran sahaja. Memandangkan sejak akhir ini... meja di lecturer room ini penuh dengan orang menjual makanan. Mereka hanya letak makanan itu dan bekas tabung untuk isi wang sahaja. Orang membeli pun kena la jujur dalam hal ini.. Sebab penjualnya tak tahu siapa yang membeli. Hanya bekas tabung sahaja yang dia letak. So bayar pakai letak dalam bekas itu sahaja.

Kadang-kadang tumpuan untuk membuat project atau assignment tak tertumpu kerana makanan di depan mata. :P Ada kisah mengenai saya, kawan-kawan dan penjual makanan tersebut. :D

Kisahnya... Saya tertanya-tanya siapa penjual kek cokelat kukus dan hotdong. Saya menunggu juga sampai lewat petang dalam menyudahkan assignment saya. Rupanya staff yang saya kenal. Sungguh tidak sangka seorang staff lelaki yang membuatnya. Saya tanya la adakah isterinya yang membuatnya.. rupanya bukan isterinya, tetapi dia yang membuatnya. Tidak ku sangka... sesungguhnya kek cokelat kukus itu memang sedap! waktu itu kami lima sekawan dapat makan free. Ada seorang Lecturer berlanja. Oh! Alhamdulilah rezeki...

Seterusnya.. saya teringin makan dadih perisa jagung. Tetapi hanya dadih jagung display sahaja yang tinggal. Saya tanya kepada penjual tersebut iaitu seorang staff lelaki juga. Dia kata yang itu sahaja yang tinggal. Dan kami lima sekawan dapat makan free dadih dari dia..

Dia kata.. "Mudah-mudahan ada rezeki lebih... doakan saya"

Oh! Alhamdulilah rezeki.... lagi

Seterusnya ternanti-nanti juga siapa gerangan penjual kerepek yang berada didepan mata kami. Dalam fikiran dapat ke free lagi? dan penjual itu adalah lecturer database kami.. dan apabila dia angkat bakul kerepeknya... secara sepontanya saya tercakap..

"Eh tak apa puan!"

Padahal dia bukan bagi makan free pun!
Serta merta kawan-kawan saya yang lain tergelak! sampai puan tu pun naik pelik kenapa kami semua gelak... Hehehe...

P/s : doakan saya untuk semester ini. Mudah-mudahan lulus dengan cemerlang! :D


2 Comments? ♥ ;):

*~Miss Lisa~* said...

hahaha..klakar la kyla hari tu..Pn Z pun terkezut..nasib baik dia x phm.. ;p

Cik Kyla said...

@Lisa : hahaha. memang kelakar la lisa. adoii.. spontan kot.. =.="