Monday, January 10, 2011

Di HATI ini hanya ALLAH sahaja yang tahu...

Assalamualaikum wbt bloggers,

"Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Berikanlah kami kemudahan dalam segala urusan, murahkanlah rezeki kami serta kuatkanlah iman kami dalam menempuh dugaan dan ujian. Sesungguhnya hanya pada Mu,Ya Allah, tempat kami meminta dan memohon. Amin,..."

Bermulalah hari bagi semester baru, Hari ini ada taklimat bersama dekan.. banyak perkara yang telah beliau bicarakan terutama nasihat dan tunjuk ajar dari beliau mengenai pelajaran. Semoga apa yang beliau telah sampaikan itu dapat saya gunakan untuk pembelajaran saya selepas ini. :)

Ya Allah, lepas ni apa yang akan berlaku pun tak tau la.. berbagai ujian datang melanda dalam diri.. Perasaan yang berbagai rasa itu sudah mulai rasa. (ayat ke apa ni) adoih! Tak tahu kepada siapa nak mengadu selain dari-Nya. Blog ni juga medium untuk luahkan rasa. Eceh~ :D

Baru-baru ini.. saya baru berjumpa dengan seorang sahabat. Ermm.. 3 tahun rasanya tak berjumpa. Seriously baru teringat kata-kata saya padanya... "Kalau ada jodoh jumpa la" Ya Allah, baru semalam saya jumpa dia... So maknanya?? ada jodoh ke? Huhu.. Kalau dia baca blog saya ni waaaa... Malu!

Saya rasa menyesal bila tak tegur dia.. Borak macam teman biasa.. Mungkin kekok kot. Ye la lama tak jumpa.. Kenapa la saya ni.. atau awak yang patut kena mulakan dulu? Huhuh.. Minta maaf sangat-sangat! =.=" Mungkin lepas ni susah kita nak berjumpa.. So saya tunggu jodoh 'kedua' pula la. Erk! ada ke? Hmm...

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika itu..

P/s : Sorry entri jiwang lagi.....


2 Comments? ♥ ;):

Yulia Fajrin said...

takkan ke mana gunung dikejar sahabatku..:D

Aqila Borhan said...

huhu... insyaAllah..