Friday, February 18, 2011

Kesinambungan Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu.


Asslaamualaikum wbt bloggers,

Saya tertarik dengan cerita yang cuba disampaikan oleh Cik Lisa iaitu di entrinya "Kisah Lelaki Berani dan Perempuan Pemalu". Okey ini kisah benar terjadi kepada kawan kami, apabila seorang lelaki di kolej kami cuba untuk mendekati kawan kami.

Kalau dah baca entri dari blog Cik Lisa itu, entri ini kesinambungan tajuk kisah dari entri dia.


Sesungguhnya sifat perempuan adalah pemalu.. Dan betullah, malu itu berharga. Seseorang perempuan menjaga maruahnya kerana malu. Kalau lelaki pula yang pemalu bagi perempuan ia agak pelik.. baru-baru ini ada seorang ustaz memberi ceramah mengatakan lelaki pemalu itu adalah seorang 'pemalas'.

Sebagai contoh, Situasi dalam kelas apabila seorang guru meminta pelajar lelaki untuk membuat presentation dihadapan kelas. Tetapi lelaki ini malu untuk pergi ke hadapan..

Seterusnya, Kalau ceramah berunsurkan agama hanya golongan wanita sahaja ramai yang menghadirkan diri.. Lelaki kemana ya? malu atau malas?

Mengapa tidak malu itu terjadi pada situasi ini..

Apabila diminta untuk menyanyi/berkaraoke tanpa malu atau segan terus sahaja terima permintaan itu.

[senyum jap]

Ada beberapa situasi yang boleh kita gambarkan mengenai sifat malu ini. Tetapi apa boleh saya katakan malu itu biarlah bertempat. Jangan pula malu itu memakan diri

Sebagai contoh.. untuk golongan perempuan

Bagus apabila seorang perempuan itu malu untuk keluar dari rumah. Untuk menjaga maruahnya juga.. tetapi jangan pula seperti ini

"Kau malu pun agak-agak la sampai tak nak keluar bilik, Kelas pun tak pergi sampai 10 kali"

Ini jangan ianya terjadi kepada kamu ya adik-adik...

Kepada lelaki yang berani..

Sifat mu itu... ramai golongan perempuan suka.. tetapi berpada-pada apabila berani mu itu membuatkan sesetengah perempuan tidak suka. [senyum]

Apa kata kalau seorang lelaki yang berani itu menasihati perempuan untuk kearah kebaikan? Tidak kisah kebaikan yang bagaimana.. mengingati seorang perempuan itu untuk menutup auratnya ke.. Saya suka kalau lelaki yang berani itu memberi ceramah agama. Bukankah sama-sama kita akan mendapat pahala? [Senyum lagi]

Tepuk dada tanya Iman..


0 Comments? ♥ ;):