Friday, February 18, 2011

Muhammad Bin Abdullah, Sesungguhnya saya amat mencintaimu..


Assalamualaikum wbt bloggers,

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. (Peringatan buatku jua) Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?

Mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul yang disampaikan oleh ustaz di kolej baru-baru ini amat menyentuh hati. Bertapa besarnya kemuliaanmu Ya Rasulullah.. Kau teramat menyayangi umatmu.. tetapi umatmu sahaja sebahagiannya melupakanmu.. Ya Rasulullah, Aku amat merinduimu.. Aku amat mencintaimu.. Sesungguhnya kau lah Rasul junjungan kami... Muhmmad Bin Abdullah.. Mari sama-sama kita berselawat kepada baginda

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

-----------------------------------------
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)



6 Comments? ♥ ;):

Cik Yana said...

Nice entry cik Kila :)

Cik Kyla said...

sama-sama kita mengingati baginda.. :)

Aisyah said...

entri yang sangat menarik...cik kyla.

Cik Kyla said...

terima kasih Aisyah..

Scya LollitA said...

tringat stiap crmah mse dok hostle ^___^

FurBall said...

selawat ke atas nabi junjungan kita