Saturday, April 30, 2011

Bukan mudah nak percayakan seseorang.


Assalamualaikum wbt bloggers and readers,

Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.. tetapi kenapa ya kita sudah berbaik dengan orang tetapi orang buat jahat dengan kita? apa salah kita? kita tak buat jahat pun dengan orang. Apabila saya mendapat berita tidak baik pasal saya, hati saya kurang senang dengan mendengar berita itu.

Mana hati tidak sedih apabila cerita yang kurang enak yang diceritakan oleh kawan pasal diri kita. Padahal kita dah berusaha membantu dia bila waktu mereka susah. Tidak bersyukur ke dengan usaha kita selama ini untuk membantu dia? Kita sedih tau awak..


Awak, awak dan awak.... kepada siapa saya mahu percaya?

----------------------------------------------

Mungkin pembaca setia yang selalu mengikuti perkembangan blog saya ni hairan kenapa saya keluarkan cerita seperti ini. Jarang saya cerita pasal diri saya dikala saya sedih. Selalunya blog ini saya banyak cerita sesuatu yang membuka minda para pembaca. Tetapi kali ini entri sedih..

Berbalik cerita saya diatas itu cuma luahan hati. InsyaAllah saya dapat tangani masalah ini. Banyak perkara telah saya pelajari... Alhamdulilah ada family dan sahabat cuba menaikkan semangat saya supaya tidak terlalu bersedih.


Biarlah orang nak buat jahat dengan kita, tapi kita jangan sesekali balas kejahatan keatas orang. Berdoa sahajalah supaya dibukakan hati mereka untuk menerima pertunjuk dari ALLAH.

P/s : Saya suka kata-kata yang boleh memotivasikan diri saya :')

Maaf kepada sesiapa terasa.


8 Comments? ♥ ;):

Nor Suhaiza said...

kita bt baik kt org blum tntu org akn bt baik pada kita..
hati manusia ni lain2...
happy blogging...
:)

Aqila Borhan said...

InsyaAllah...
terima kasih Suhaiza atas kata2nya :)

Nini Hartini said...

sayang, biarlah apa yg org buat pd kita. kita bantulah seikhlas hati tanpa harap balasan... itu lebih menyenangkan hati kita.

saya pn selalu kena mcm tu. tapi percaya tak, lepas mereka burukkan saya, kemudian hari sayalah org yg mereka cari untuk minta bantuan.

Waktu tu kita jgnlah balas perbuatan merekatp bantulah sedaya yg mampu. Dan kita akan tersenyum dgn diri kita sendiri sbb berjaya mempositifkan diri.

InshaAllah, setiap ujian pasti punya hikmah tersendiri. Berbaik sangka pd setiap ujian Allah :)

Aqila Borhan said...

InsyaAllah kak, terima kasih atas nasihat itu. sy takkan pernah sesekali membalas apa yg dilakukan. walaupun agak sukar utk menerimanya.. yep... setiap ujian past ada hikmanya.
terima kasih sekali lagi..

Nini Hartini said...

Alhamdulillah...tp percayalah, kalau selama ni bantuan kita pd mereka ikhlas, sejahat mana mereka pd kita satu hari nnt kitalah yg mereka akn cari.

Semoga tabah menghadapi setiap dugaan:)

Aqila Borhan said...

insyaAllah.. :)

Jazakallahu khairan

Ashraf Jalil said...

dah follow :D
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/contest-paling-simple-dengan-hadiah.html

Aqila Borhan said...

syukran :)