Saturday, May 21, 2011

Berkawan untuk KEPENTINGAN!?


Assalamualaikum wbt bloggers and readers,

Berkawan untuk kepentingan atau pentingnya berkawan?

Kali ini cuma hendak memberi kesedaran kepada insan ini. Memang tidak wajar la kalau mereka mengklasifikasikan kawan hanya untuk kepentingan bagi mereka.

kepentingan dimaksudkan disini adalah ketika susah baru cari, waktu senang cuba pinggirkan. Penting di waktu susah sahaja.. di waktu senang? dilupakan... Masyaallah...

Mungkin perkara ini pernah terjadi kepada diri kita bukan?

Kadang-kadang tidak faham apa yang mereka mahukan pada kawan tersebut. Sampaikan ada kawan sanggup buat apa saja dan ada sanggup ketepikan keluarganya demi kawannya.


Saya tidak faham lagi-lagi kawan yang sanggup menceritakan keburukan kawannya kepada pihak ketiga atau sebaliknya. Nauzubillah....

Mesti pernah dengar ayat ni "Macam ni la kawan!"

Itu lah, apabila keinginan kawan itu tidak ditepati..

Tazkirah dari Semanis Kurma TV9 :

Teman yang tidak layak menjadi kawan

1. Memiliki Hasad Dengki.
2. Gemar jatuhkan air muka.
3. Tidak menyimpan rahsia.
4. Busuk Hati.
5. Mengganggap diri SEMPURNA
6. Apabila susah dicari, apabila senang, makan bersorangan

Masayaallah... semoga diri kita terpelihara dari sifat-sifat tersebut..

Nabi SAW bersabda, "Ada 4 perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah seorang munafik tulen. Barangsiapa yang melakukan 1 daripada yang 4 itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik itu. Empat sifat itu ialah (1) Apabila diberi amanah, dia khianat; (2) Apabila bercakap, dia berdusta; (3) Apabila berjanji, dia mungkiri; (4) Apabila bertengkar, dia melampaui batas."

  • Kawan yang BAIK akan membantu kita menjadi sempurna hidup didunia ini..
  • Kawan yang BAIK tidak akan mengajak kawannya melakukan kejahatan..
  • Kawan yang BAIK akan membawa kita ke arah kebenaran, menegur acap kali kita silap, memberi semangat ketika kita berduka, tidak mengambil kesempatan apa yang kita ada, tidak membuka keaiban kita pada pihak ketiga..

maka nasihat saya, hati-hatilah memilih kawan kerana jika kita TERSALAH memilih, godaan kita akan menjadikan seseorang muslim itu mudah MENYELEWENG dan TERPESONG kedudukannya dari arah yang baik ke arah kebatilan...

P/s : Bersyukur kita dikurniakan kawan yang memahami dan menyayangi.. ALHAMDULILAH


Thanks for reading..


6 Comments? ♥ ;):

ubay said...

:)
betul
cuba perbaiki diri ni..

bunga said...

sama2 mebaiki kelemahan diri..

One-Nie said...

kyla... i luv u! :D

Nini Hartini said...

ahh syazee ckp psl kawan. buat akk tersentuh sbb sdg ada salah faham dgn kwn baik akak. w/pn sedar dia salah faham dan ckp sbb tgh marah, tp ttp terasa kecil hati. huhu.. skrg sdg pujuk hati memaafkan dia.

Cik Kyla said...

Ubay dan Bunga : yep sama2 lah kita :)

Mika : luv u too :D

Kak Tini : Kyla pn byk terasa dgn kwn jg kak.. sy faham... sama2 la kita memberi dan merasa smua tu. :)

Muhd Fadil said...

wahh.. saya pun baru buat entri pasal kawan kawan ni :)