Monday, May 16, 2011

Terima Kasih CIKGU! :)


Assalamualaikum wbt bloggers and readers,

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Teringat zaman sekolah dulu sajak ni paling famous. Bila cikgu Bahasa Melayu minta untuk membacakan sajak ini di depan kelas saya dengan bangganya berdiri dan menyampaikan. (padahal tiada siapa nak volunteer nak baca pun) Hehe. ;)

Zaman sekolah adalah zaman yang tidak dapat saya lupakan. Disitu lah permulaan kita mengenal erti persahabatan, tanggungjawab, berdikari dan percintaan.... opss! kantoi. Tak-tak tipu je.. saya baik masa dulu. :D

Bestnya bila ingat balik zaman persekolahan. Kalau ada mesin masa dapat mengulang kembali zaman itu alangkah seronoknya. Tapi mana mungkin! hanya boleh bermimpi sahaja. :)

Jadi cikgu ni hatinya kena kental dan kena banyakkan bersabar dengan karenah pelajar. Saya yang jadi pelajar ni pun bersabar dengan sikap pelajar lain. Kadang-kadang kesian dengan cikgu asyik cakap benda sama je dengan pelajar. Mungkin ada sesetengah orang bila ulang perkara sama dengan orang lain dia cepat bosan. Tak tahu la kalau menjadi seorang guru. Lagi-lagi kalau dia mengajar mata pelajaran yang sama.. asyik ulang benda sama je.

Saya tabik mereka yang menjadi seorang guru. Tidak pernah kenal erti penat dan jemu mengajar pelajar. Lagi-lagi cikgu yang dah lama mengajar. Sudah menjadi asam garam kehidupan bagi mereka mendidik pelajar. Disini saya ingin luahkan yang saya SAYANG semua CIKGU! :)

Dengan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua CIKGU dan PENSYARAH saya dulu dan kini pernah mengajar saya dari saya tadika, sekolah rendah, menengah dan sekarang dah ke alam universiti. Terima Kasih CIKGU! JASAmu akan kami KENANG selamanya... :)

SYUKRAN JAZILLAN...

Gambar zaman sekolah menengah.


3 Comments? ♥ ;):

Unknown said...

begitu besarkan pengorbanan seorng guru itu,,hehe tanpe diduga mereka boleh melkukan apa shje untuk anak murid mereka

Nini Hartini said...

Selamat hari guru :)

mmg betul, asyik nk ulang je apa yg diucapakn. mana yg dah pandai mmg akn tunjuk muka bosan sbb cikgu asyik ulang je. huhu

adik hitam manis said...

dan salah seorang kawan kita pun dah jadi cikgy. tak sangka kan. :)