Friday, August 26, 2011

Entri Edisi Hari Raya..


Assalamualaikum wbt,

Terpaksa update awal.. sebab awal pagi nanti mau berangkat pulang ke kampung. Tahun ni saya beraya di Kelantan. Sudah setahun rasanya tidak beraya di kelantan.. tahun lepas beraya di Shah Alam je. Moga raya tahun ini Lagi MERIAH dari tahun lepas.. Mohon Doa supaya perjalanan saya semuanya selamat. Apa pun kepada anda yang mahu pulang beraya di kampung.. hati-hati ketika memandu.. ingat! keselamatan itu penting. Sebelum mulakan perjalanan berdoa supaya perjalanan kita di lindungi olehNya. InsyaALLAH...

Bagaimana raya anda? sudah buat persiapan? mesti meriah kan? Siapa yang pulang dengan bas, pesan kepada pemandu tu.. Jangan Bawak Laju-Laju. Kita semua nak pulang beraya.. bukan nak pergi kubur. =.=" Oh Ya, Di sempena lembaran ini.. saya mahu menyusun sepuluh jari ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata. Kita sebagai manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan. Apa yang saya harapkan dilebaran ini.. kita sama-sama bermaaf-maafan.. lupakan sengketa lama (macam lirik lagu pula) Huhu.

Apa pun saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir dan Batin.. pesanan dari khidmat masyarakat.. JANGAN MAIN MERCUN. Ia Merbahaya..


Salam Aidilfitri..

P/s : Kenapa tiba-tiba rasa sebak nih. Hmm. Doakan juga supaya saya baik dari Demam,Selsema,dan Batuk. T.T


0 Comments? ♥ ;):