Thursday, September 15, 2011

Dimensi pertemuan itu berbeza.


Assalamualaikum

"Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milikMU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan."

Katakanlah, dia adalah sahabat sama jantina dengan saya:

Kalau saya tahu saya ni perosak dirinya, saya akan berubah. Saya nak jadi lebih baik sebab saya nak sama-sama masuk syurga dgn dia. Nak jadi jirannya kat sana. Dan saya percaya dan pegang kata-katanya,

"Jangan biar aku jatuh, sebab aku takkan biarkan kamu tenggelam lemas."

Fungsi sahabat itu adalah saling mengingatkan, saling berkongsi apa yang dah mengesankan hati ntuk manfaat bersama dan bekalan di sana. Dan andai dia mengorak langkah ntuk menjadi lebih baik, kita pun patut melakukan perkara yang sama. Berubah kerana ALLAH. Saya taknak ditinggalkan di belakang, hanyut sendiri, jauh dari Dia, sedangkan dia makin dekat dengan Dia. Mahu berjalan seiring..

"Kau peganglah tangan aku tanpa paksa demi Dia. Bawalah aku ke syurga kerna cintaNya."

Togather in Jannah.. InsyaALLAH.

Katakanlah, dia adalah sahabat lain jantina dengan saya:

Kalau saya ni perosak dirinya, yes.. Saya akan berundur. Dan dalam setiap doa saya akan minta ALLAH menjaga hatinya, akhlaknya, dan sayangilah dirinya sentiasa.. Dan jika ada cinta, dan jika ada yakin.. Maka akan serahkan padaNya.. Kalau itu yang terbaik untuk dunia akhirat, semoga ALLAH menjaganya untuk kita. Dalam masa yang sama, walau tak berhubung, masing-masing makin memperelokkan diri dan masing-masing mahu berubah menjadi lebih baik. Kalau ALLAH izin, tiba masa akan disatukan. Dan biarlah penyatuan cinta itu atas satu nama.. Nama Dia.

Wallahu'alam.


1 Comments? ♥ ;):

Unknown said...

setuju , mmg harus berundur kalau kita dianggap perosak dirinya ,