Saturday, October 22, 2011

Lebih baik diam..

Assalamualaikum wbt,
"Berdiam diri itu lebih selamat. Tahan lidah dari cepat mengata, menghina, menuduh dan maki-hamun orang. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang benar-benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau (kalau tidak lebih baik) diam sahaja." [HR al-Bukhari dan Muslim]

Hikmah berdiam diri..
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka ALLAH SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh ALLAH itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh kerana itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

"Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara."


0 Comments? ♥ ;):