Friday, November 4, 2011

Promosi 2 dalam 1.


Assalamualaikum wbt,

Di saat tetamu-tetamu Allah sedang beribadat ketika wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji, bolehlah melakukan puasa hari arafah.

Seperti dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w :
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Puasa hari Arafah khas untuk mereka yang tidak menunaikan ibadah haji kerana Rasulullah melarang jemaah haji yang berada di arafah menunaikan puasa.

Memandangkan hari Ahad 10 Zulhijjah, 6 November. Jadi hari sabtu merupakan hari arafah. Jadi, jom sama-sama kita puasa hari SABTU ni. Ingat, "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang".


0 Comments? ♥ ;):