Wednesday, November 30, 2011

Believe and Trust.


Assalamualaikum wbt,

Hidup ni kena percaya, ada orang lain memerhatikan kita dari jauh. Ada rasa kebersamaan daripada dia dalam masa kita susah dan senang.

Macam mana tu?
Doa-doanya sentiasa mengiringi kita. Tanpa syarat.

Kadang-kadang tu, dia perhati saja kita dari jauh sambil senyum apabila kita gembira. Dan apabila dia menyedari kita sedang bersedih, dia mula mendekati kita. Memberikan kata-kata semangat hatta dengan mengirimkan sms.

Sebab tu kita kena sedar diri selalu, bahawa dalam hidup kita ini, apapun kesenangan, kegembiraan dan kejayaan yang tercapai, pasti itu kerana adalah ada doa orang lain yang diterbangkan dari jauh buat diri kita dan diperkenankanNya.

Dan orang itu, boleh jadi adalah dia yang tidak kita sangka-sangka. Yang kita tidak ingat dia sebagaimana kita ingat kawan-kawan rapat kita sehari semalam.

Percaya? Saya memilih untuk percaya :)

Believe with yourself and you may learn trust with someone. InsyaALLAH.
The Instinct that makes you make believe anything that comes out from a person's actions or words. That we call it TRUST :)


0 Comments? ♥ ;):