Saturday, December 10, 2011

#3 Trip to Vietnam - Learn History

Assalamualaikum wbt,

Pagi yang indah di vietnam, Tak dapat lupakan kejadian malam semalam apabila hampir dalam 50USD lenyap macam tu gara-gara hanya dry clean.. Alhamdulilah semuanya selamat. Jam 8.30 pagi kami kena bertolak dari hotel untuk aktiviti seterusnya. Menurut tour guide, kami ke Chu Chi Tunnel, War remnants museum, Post Office, dan jalan-jalan di sekitar Ho Chi Minh.
Aktiviti pertama kami adalah melawat tempat sejarah di Vietnam. Mungkin ramai mengenali Chu Chi Tunnel dimana peperangan antara tentera Vietnam dengan Amerika (Guerilla warfare). Terowong yang mereka bina sungguh luar biasa. Ia merupakan kubu terkuat dan menjadi antara kubu terakhir dalam penentangan pencerobohan tentera Amerika ke atas Vietnam. Tentera Amerika banyak mati disebabkan terowong ni.
Di anggarkan panjang terowong ni 150 batu. Hohoh. terbaik!. Pengalaman saya masuk ke situ, fuh! letih berjalan itik! kena gelak dengan tour guide dan mengatakan kami 'Orang Tua'. =.=" Tour guide kami pandai la juga berbahasa melayu tapi lagi fluent bahasa inggeris walaupun ada slang vietnam. :)
#1. cuba bayangkan kita disitu, muat ke tak tuh? ^^
#2. Jangan terpedaya.. ini adalah perangkap.
#3. Nampak tak isi dalamnya? Ada berani?
#4. Contoh-contoh perangkap
#5. Alahai.. Comelnyaa.... Sempat lagi mereka bergambar ^^
#6. Kami masuk ke terowong ni. Tak sampai 5 minit dah keluar. Mujur la.. jalan keluar tu dekat je. Kalau anda diberi peluang kesana nanti boleh la cuba masuk terowong ni ye. Terbaik! Heheh!
#7. Abang saya nak try AK47. (35000VND/1 bullet lebih kurang 1 bullet tu RM5.80)
#8. Tu dia... Askar dari Malaysia. Kami semua berada di tempat 'peperangan' ini berlaku.. Seriously! nak pegang senapang tu menggeletar. =.=" Bila bunyi peluru tu rasa nak patah balik je.. * Experience*
#9. Next destination, ke War Remnants Museum. Apa ada kat sini? ^^
Museum ni paling terkenal di vietnam.
#10. Dekat museum la jumpa benda-benda macam ni.
#11. Potret-potret lama sewaktu perang semua ada disana.
#12. Senjata ketika perang di vietnam
#13. Jet pejuang pun ada.. nak try test naik memang tak la. ;)
#14. Next destination, Post Office. Kat sini ada tempat shopping. Semua barang kat sini tak boleh nak tawar sebab harga dia dah fix. Sangat Mahal okey.. Prefer beli dekat Benh Than market je.
#15. Ramai foreigner dalam post office tu.. Struktur bangunan sangat lama.
Saya akan update lagi untuk tempat-tempat yang kami tuju disana..
-Restaurant Halal
-Tempat Shopping menarik
-Bersampan di Sungai Mekong.

P/s : Jangan complain, Kali ni dah update panjang.. Haha.
To Be continue..


2 Comments? ♥ ;):

Sara said...

It's really awesome!

syakirahmn said...

bestnyaa boleh mlawat tmpt sejarah macam ni. mesti lemas masuk dlm trowong bwh tanah tu.