Friday, May 11, 2012

Oh! Mama, Mak, Ibu, Ummi..

Bismillah, 
Assalamualaikum wbt..

Terdengar khutbah Jumaat di masjid berhampiran rumah, tajuk khutbah mungkin semperna Hari Ibu.. 
Betapa martabat seorang ibu itu sangat tinggi disisi ALLAH..

Sepertimana ALLAH telah berfirman dalam surah Al-Isra Ayat 23:


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. [Al-Isra:23]

Ahli bahasa mengatakan kalimah ‘Uffin’ asal ertinya ialah daki hitam dalam kuku.

Abu Raja` at-Atharidi mengatakan kalimah ‘Uffin’ memberi maksud kata-kata yang menyakitkan hati dan menunjukkan kebosanan, walaupun tidak diucapkan dengan keras.. (AbuIkhwan,2011)


dan Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.” [HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

P.s : Oh Mama, I Love you. :)


Wednesday, April 4, 2012

Apabila menutup untuk mendedahkan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum wbt, 

Rasanya sudah beberapa bulan tidak menulis disini.. Hari ni rasa terbit dihati buat entri untuk berkongsi pengalaman, nasihat mungkin sedikit teguran buat rakan-rakan terutamanya perempuan. Banyak dah saya perhatikan tingkah laku  dan juga perangai.. mungkin ada yang sedar, tak sedar dan separuh sedar. Kita ni nak tegur takut terkecil hati. Salahkah seorang kawan menegur rakannya demi kebaikkan? Hmm.. Sedikit perkongsian dari saya buat  wanita Muslimah disana.. insyaALLAH, moga manfaat.

Jika hadiah yang dibalut kemas itu pasti dapat menarik perhatian ramai orang untuk mendapatkannya. Biarpun orang tidak tahu apakah isi kandungan disebalik kotak yang ditutup itu, ia tampak lebih istimewa hanya kerana tertutup rapi dan kemas. Bila kita lihat hadiah yang tertutup kemas itu pasti sangat berharga dan ada sesuatu yang tersembunyi disebalik hadiah itu. Tak semestinya ia menyembunyikan kecacatan, tetapi ia mahu dilindungi daripada terlalu dipandang oleh orang ramai. Ia sesuatu yang berharga mungkin :)

Berbeza dengan makanan tidak tertutup, kalau kita lihat kedai yang meletakkan makanan yang terdedah dan terbuka pasti ramai yang menyangka ia tidak bersih seperti dihingapi lalat dan debu.

Banyak dah saya lihat rakan-rakan berpakaian tapi tidak menutup aurat. Walaupun ada yang kata :

"Apalah guna bertudung kalau perangai masih jahat"
"Aku Ikhlas pakai begini. Kalau bertudung hanya untuk hipokrit, lebih baik tak payah pakai. Aku nak jadi diri aku yang sebenar, bukan pakai lain tetapi perangai lain"
"Walaupun aku tidak bertudung, aku tetap solat dan berpuasa. Hati aku lebih baik daripada wanita yang bertudung, tetapi berpura-pura baik"
"Aku tutup aurat ke tak itu urusan aku dengan ALLAH. yang penting aku tidak ganggu sesiapa"
"Aku tak sampai seru lagi nak tutup aurat. tengok la nanti aku akan berubah perlahan-lahan takkan nak berubah secara drastik pulak."

Logik ke dengan jawapan dan alasan mereka tu? semua itu hanya tipu daya syaitan saja.. Soal prinsip dan peribadi mesti dipisahkan. Hukum ALLAH adalah wajib, itu prinsip. Fikir dulu sebelum membidas kata-kata yang hanya tipu daya syaitan tu..

Apa yang penting disini satu pesanan khas untuk rakan muslimah, tutuplah aurat semoga pintu syurga terbuka buat kita. Benarlah, menjadikan sesuatu itu sebagai tatapan umum dan terbuka sebenarnya membuka ruang kepada orang yang berhasad dan dengki untuk menghancurkannya. Jangan biarkan ia terbuka, kelak akan mudarat kepada diri sendiri. Wallahualam.. 

Disini disertakan video untuk tatapan umum.. 
Ustaz Don Daniyal - 4 Syarat bertudung mengikut Islam



Dapatkan Majalah Solusi Isu 41. :)


Janji ALLAH itu pasti!


"Orang yang berubah kerana ALLAH, dan berusaha untuk berada di jalan menuju ALLAH, pasti tidak akan menyesal. Perubahan sinonim dengan dugaan. Walaupun begitu, orang yang mencari redha ALLAH hatta dihambat dengan ujian seribu, pasti akan berusaha untuk terus kuat dengan keyakinan yang dibawanya dalam hati; bahawa ALLAH sentiasa ada buat dirinya, dan dia merasai kehadiranNya!

Sesuatu yang pasti, apabila kita mahu berubah untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik, ALLAH pasti hantarkan orang yang baik-baik untuk menemani kita."






Thursday, February 16, 2012

Bicara soal lambatnya jodoh.


Assalamualaikum wbt,

Saya tertarik dengan penulisan Ustazah Fatimah Syarha didalam buku yang beliau tulis iaitu Sebarkan Cinta-Mu. Ada satu dialog antara Sarra, Diranie, dan Ibu Dhiya' iaitu mengenai soal jodoh. Kata-kata ibu Dhiya' banyak memberi kesedaran diri..

Sarra : "Ibu Dhiya, saya tidak faham, sekiranya ALLAH sayangkan kita, mengapa Dia menguji kita?"

Ibu Dhiya' : "Jika ALLAH tidak menguji, bagaimana Dia akan memberikan bukti kepada kita, siapa yang layak mendapat kedudukan tinggi dan sebaliknya di akhirat nanti? Hidup tanpa ujian ibarat belajar tanpa peperiksaan. Semua orang akan bersikap sambil lewa dan sukar mengenal pasti siapa yang berkualiti dan siapa tidak"

Sarra : "Misalnya, saya diuji belum bertemu jodoh sedangkan saya teringin berkahwin awal. Apa yang Dia mahukan?"

Ibu Dhiya' : "Sebelum kita tanya kerja ALLAH cuba bertanya kerja kita . Adakah kita sudah berusaha mempersiapkan diri secara mental, fizikal, dan spiritual?"

Sarra : "Rasanya saya sudah bersiap sedia"

Ibu Dhiya' : "Tanya diri, matangkah pemikiran kita bagi memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu?"

Sarra : "Bagaimana menilainya?"

Ibu Dhiya' : "Nilainya ia dengan melihat cara kita melaksanakan tanggungjawab harian kita sebagai hamba ALLAH, anak, kakak, dan pelajar. Tanya lagi diri, kuatkan fizikal untuk menjaga insan lain?"

Setelah itu seorang rakan Sarra iaitu Diranie pula bertanya..

Diranie : "Ini pula, apa nilainya?"

Ibu Dhiya' : "Nilainya ia dengan melihat cara kita mengurus kesihatan, pemakanan dan kebersihan harian kita di rumah dan d kolej. Seterusnya, tanyalah diri, teguhkah hati kita bagi menghadapi ujian rumah tangga? Nilailah ia dengan melihat cara kita menghadapi masalah harian kita"

Diranie : "Tetapi saya mahu kahwin segera sebab saya mahu jaga iman"

Ibu Dhiya' : "Jaga iman dengan proses didikan tersusun bukannya dengan berkahwin. Iman kita mungkin semakin jauh daripada ALLAH sekiranya berkahwin dalam keadaan tidak bersedia. Perkahwinan akan menjadi medan dilenyek masalah, bukannya melengkapi agama."

Diranie : "Hmm.. nampaknya banyak lagi yang belum siap. Tetapi, saya sangat teringin menjaga hati dan diri saya daripada zina"

Ibu Dhiya' : "Jodoh lambat sampai selalunya kerana kriteria diri kita sendiri yang lambat mempersiapkan diri sebagai produk solehah"

Sarra : "Selain itu, jika kita berusaha mendapatkan jodoh dengan jalan-jalan menghampiri zina seperti SMS, call, dan dating tanpa urusan, ia juga boleh melambatkan jodoh. Betul ataupun tidak?"

Ibu Dhiya' pun mengangguk tanda setuju

Ibu Dhiya' : "Ya. Insan yang tulus berhajatkan kita menjadi tawar kerana melihat kita bermain dengan lelaki lain yang bukan mahram padahal belum tentu dia jodoh kita. Ada juga faktor-faktor lain seperti kurangnyaa berdoa dan putus asa memohon pertolongan ALLAH, dapat melambatkan jodoh"

Sarra : "Patutlah sejak saya kecil ibu saya mengajar saya berdoa, mendapat pasangan dan zuriat sebagai penyejuk mata dan imam bagi orang bertakwa"

Ibu Dhiya' : "Bagus. Apa pun, lambat ataupun cepat, jodoh bukanlah matlamat kita sekalipun ia fitrah. Ia cuma cara bagi mendekatkan diri kepada ALLAH. Sekiranya tiada jodoh sekalipun, anggaplah ia suatu ujian yang tidak akan menjejaskan sedikit pun cinta kita kepada ALLAH"

Pesan Ibu Dhiya' itu sangat-sangat membuka minda saya apabila membacanya.. Moga apa yang disampaikan oleh penulis kepada kita bermanfaat untuk hari mendatang...



Thursday, January 5, 2012

Ukhuwah Fillah.

"Adakah sahabat/saudara yang sanggup mengutamakan sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri?"

Walaupun mungkin jarang jumpa sahabat seperti itu, kita kena yakin bahawa memang ada sahabat seperti itu di dunia, di akhir zaman ini.

Kagum pada peribadi Imam Hassan al-Banna. InsyaALLAH mahu mencontohi peribadi yang baik dari beliau. Menyoroti kisah perjuangan beliau 'membina pemuda' di waktu itu sangatlah dengan penuh jerih dan payah.

Beliau pernah berkata mengenai apa itu ukhuwah..

"Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah. Dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya. Dan ukhuwah adalah saudara keimanan. Sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran. Kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta. Dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar (mengutamakan saudaranya)."
- Imam Hassan al-Banna-
Hari Khamis : Amalan Zikir Harian..
Moga diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi ALLAH..