Friday, January 9, 2009

Boikot Israel, Sejauh mana?



Sekarang ini hangat diperkatakan tentang peranan kita dalam membantu rakyat Palestin. Salah satu daripadanya ialah memboikot produk-produk Israel atau yang menyumbang kepada ekonomi Israel. Tetapi,cuba fikirkan kemungkinan situasi-situasi seperti ini:

Situasi 1

*Teruk betul isu Palestin-Israel sekarang ni.Apa yang kita boleh buat ya?
-Memang Israel tu angkuh. Kita boleh derma dan doa sajalah untuk rakyat Palestin dari jauh ni. Boikot sekali,biar padan muka diorang! Biar diorang rasakan.
*Boikot? Em,nak boikot apa?Kau tahu produk-produk yang sokong Israel?
-Erk…ha…em..aku pun tak pastilah…
*%&*^&^


Situasi 2

*Nak masak sup sayur ke? Jangan guna perencah Maggi tu tau.
Sekarang dah tersebar,kita kena boikot produk-produk yang sokong Israel.
-Em,yakin ke Maggi tu sokong Israel? Kau dengar dari mana?
*Orang cakap-cakap. Tak tahulah betul ke tak.
-Itulah. Kau ni main dengar saja.Buktinya mana?
*Em….


Situasi 3

*Jom Starbucks..
-Eh,sokong Israel tu.Tak naklah aku.
*Kau ni,dengar sangat cakap orang.Dulu kata Starbucks tu ada letak lemak babi. Sekarang sokong Israel pula.Tak rasa ke orang saja nak jatuhkan Starbucks? Dengkilah tu.
-Logik juga kau cakap tu.Mmmm….ok,jom Starbucks!


Sebenarnya, boikot Israel telah lama dilaksanakan. Namun demikian, disebabkan kurangnya kesedaran pentingnya boikot, serta sikap kita yang hanya memboikot mengikut masa, boikot hanyalah tinggal nama saja. Bohong jika kita tak pernah tahu boikot Israel sebelum ini. Satu soalan cepumas, mengapa kita tidak memboikot setelah pertama kali kita mendengar mengenainya dahulu?

Soalan cepumas lain pula. Adakah kita memboikot hanya apabila Palestin hebat diserang? Jika esok tentera Israel berundur dari Gaza, adakah lusa kita berhenti memboikot?

Soalan-soalan itu,hanya diri sendiri yang mampu jawab. Jika hendak berjaya memberikan impak yang besar kepada Zionis itu, kita hendaklah memboikot secara berterusan, dan bukannya mengikut situasi semasa saja.

Jawapan kepada soalan cepumas pertama, mungkin berkait rapat dengan kurangnya kesedaran kita pada masa itu. Jadi kali ini, jom kita hebohkan pasal boikot ni. Mungkin ramai lagi yang tak tahu di luar sana. Beritahu mak ayah kita. Saudara mara kita. Roommate kita. Kawan-kawan kita. Sesiapa yang berkuasa, edarkanlah risalah mengenai produk-produk ini. Jangan nanti orang tanya nak boikot apa-apa sumbangan kita untuk Palestin,kita ternganga saja. Malu dan sadis lagi!

Sudahlah kita tidak mampu untuk berperang sama di Palestin itu, hendak memboikot produk-produk itu pun, masih teragak-agak. Malunya diri ini jika sekecil-kecil usaha ini pun tidak dapat kita laksanakan. Bersama-sama usaha yang lain, kita sebenarnya boleh pergi jauh dengan boikot. Sekarang, masih adakah alasan untuk kita berikan, setelah melihat kekejaman demi kekejaman berlaku?


Mengikut cerita penulis kita tahu sejauh mana kesedaran kita. Cuma hendak tak hendak sahaja. Kalau diikutkan kerajaan sudah mengharamkan produk Israel itu dari dulu lagi. Tapi sejauh mana ekonomi kita nak berkembang? ia juga salah satu untuk menjana ekonomi negara. So anda yang menentukan. Mungkin ada cara yang terbaik untuk semua ini.


P/s : Bahan Rujukan http://kamilsifu.wordpress.com


14 Comments? ♥ ;):

RySha sHaiRy said...

nak boikot?ermm..ramai lagi yang beratur kat restoren fast food, nak boikot?..ermm..ramai lagi yang pakai jenama2 terkenal israel, makluma la ada klass..nak boikot..ermmm kita jer ke?patut nya kerajaan yang trus hapuskan dan haramkan produk israel, masalahnya semua tu menjana ekonomi negara, ermm..lu pk la sendiri

MiEy said...

yahhh.. No KFC Maaa.. No McD and Pizza Hut huhu... Jom kuruskan badan sambil memboikot

taqO said...

mereka2 ini sume, hanya pandai berkata. kalo xpon,hanya menunjuk2..
1-2 ari.. bole la tahan xbeli brg2 israel tuh. tapi selepas beberapa minggu. mulut cakap lain. buat benda lain.

Aqila Borhan said...

smoga yg kejahatan dibalas jua dgn kejahatan!

Mogen Ali Rico said...

Saya setuju!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Shila Rosli said...

btol! setuju! tp cr boikot tu kene tingkat kn. mane leh sorg 2 je y wat. y lain still gune brg israel. xadil kn? so, sume nye terpulang pd ati r. =)

Aqila Borhan said...

renung2kn dn slmt beramal.
=D

Fadil Wimala said...

aku baru tau kalo disney juga ngasih bantuan dana ke israel...

Anonymous said...

erm... i don't think boikot neh berhasil.. tadi aku tgk tv3... ada iklan promote A&W...pernah x korang tgk iklan A&W dekat tv?? jarang kan?? bak kata nabil... lu pikir lah sendri

Aqila Borhan said...

aku tak tau plk A&W wat iklan kat tv. lame gile tak tgk. ermm..

Lala said...

uhhh btul2
mak saya cakap marks and spencer tu barang2 dia ada yg made in israel
shoot
terus tak jadi nak beli. hahaha
boikot2

Aida Borhan said...

ishh3x..

syakirahmn said...

maseh banyak mereka yg bodoh dan dungu dan tade prasaan yg ta maw boikot brgn negara syaitan tuh

isk. trok
huhu

Razak Bin Ramli said...

Perangai kesetanan Israel dah lama.
Isu boikot...ni pun dah lama.Hanya sekarang digembar-gemburkan...bila Gaza di bedil hebat.Palestine dah lama derita sengsara.Itu sajalah cara
umat Islam Malaysia mampu buat boikot dan bagi derma. Sepatutnya Negara Islam hantar tentera bantu Palestine.Ganyang Israel.Baru betul.Negara Arab lain pun 2 x 5 dengan Israel.