Tuesday, September 15, 2009

Berbuka puasa di Pusat Perlindungan PERNIM


Seawal jam 5 petang kami rakan serumah berkumpul di Kolej. Panggilan telefon dari rakan Faci mengatakan Van mahu bertolak seawal jam 4.30. Dengan menaiki Viva kami 8 orang bergegas ke Kolej. Imagine la 8 orang masuk dalam kereta Viva tu. Hahaaa. Bebalik cerita berbuka puasa di PERNIM. Kamu tahu di mana terletaknya Pusat perlindungan PERNIM ni? dia terletak di Kg. Cheras Baru.

Setelah sampai di PERNIM kami di sambut oleh anak-anak yatim disana. Sungguh meriah + gembira melihat telatah anak - anak yatim disana. Setelah bersalaman dengan anak2 yatim tersebut kami dijemput masuk. Agak terkejut melihat suasana rumah tersebut. Ton warna yang menarik + ceria membuatkan aku terpegun melihat susun atur perkakas didalam rumah tersebut. Menurut Papa (penjaga anak2 yatim tesebut) jumlah anak2 yatim yang tinggal bersama2 mereka mahu 50 org. Dalam 50 orang itu ada yang menghidap penyakit HIV - AIDS dan selebihnya Anak yatim yang tiada emak / ayah / kedua2nya sekali dan ada juga anak luar nikah. Seperti yang kamu sedia maklum Pusat Perlindungan PERNIM ni mengangap anak2 yatim ni seperti anak mereka sendiri. Mesti kamu kenal Mama Lina. Dialah Owner Pusat Perlindungan PERNIM ni. Masa kami tiba disana dia tidak bersama2 kami. Dia pergi mengerjakan umrah.

Dalam jam 6 lebih kami membahagikan tugas membersih dan mengemas rumah tersebut. Kami disana hingga jam 10 malam termasuk la berterawih disana.


P/s : Kesian mereka yang tiada mak ayah. Bagaimana la mereka beraya tanpa mereka. Ermm...


0 Comments? ♥ ;):