Monday, September 14, 2009

Salam Kemaafan.

Salam,

Hohoh ! Cepat la hari cuti ku datang. Oh tak sanggup lagi ! Otak nak rehat pulak lepas ni. Ke'tension'an dengan tugas2 Assignment yang berlambak + Quiz + Test. Ohohoh. sudah la.. otak perlukan rehat juga. Macam mana la Antibodi nak sihat kalau hari2 duk tersengguk2 depan laptop menyiapkan assignment. Hidung dah mula berair dah ni. Alhamdulilah la tadi aku baru lepas presentation subjek Marketing. Arghhh ! lega sikit. Esok mendatang pula Quiz Multimedia. Ya Tuhan...

Mengapa perlu melawan takdir? Terima lah seadanya.. kamu sebagai student kena terima hakikat yang semua ini akan berlaku juga atas diri kamu. Iyee ! perlu terima dan tempuh ia dengan sabar. Terima kasih kepada rakan2 yang sudi memberi kata2 semangat semenjak aku bergelar student dan mengenal erti sebuah kehidupan sebagai student. yehh ! TQ !

Menjelmalah hari Khamis ! aku menunggumu dengan sabar. Aku mula bercuti pada hari khamis iaitu 17hb. Hohoh! Merdeka? ohh belum lagi ! naik cuti tunggu la kamu dengan presentation + Test + Quiz. Ohh ! Again ?!! aduhh ! lihat lah reaksi aku . Aku tahu kau pun begitu.

Semperna hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi ni. Aku dikesempatan ini ingin menghulurkan 10 jari memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa yang membuatkan kamu semua tersinggung atau terguris hati. Ampun maaf dipinta. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari aku sendiri.

Ohh ye ! belum habis lg. hehe.. Hari raya hampir tiba kemana arah tujuan kamu? pulang beraya dimana ya? Ok la. tahun ni aku beraya di Kelantan dan Perak. Kepada yang berasal dari Kelantan mari la datang Kg ku. di Bachok. Jumpa lagi kita di posting akan datang...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

P/s : Rindu dkt Anak-anak yatim di PERNIM.

Wasalam,




2 Comments? ♥ ;):

*~Miss Lisa~* said...

hehe..slmt hari raya..jgn main mercun,tkt putus jari..hoho.

Aqila Borhan said...

okey, slmt hr rye buat lisa sekluarga ^^,